dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, May 22, 2011

Muhasabah diri buatku jua buatmu :)

Assalamu'alaikum...

salam perjuangan buat mu sahabat sahabiah... :)

Alhamdulillah... sehingga kini kita di berikan peluang untuk bernafas di bumi Allah..
Alhamdulillah... Allah masih memberi kita peluang untuk membuat amalan di dunia ini untuk menjamin kita kelak.. maka jangan abaikan ya..insyaAllah :)

esok bermula lah perjuangan ana di tempat baru untuk menuntut Ilmu Allah..insyaAllah.. walaupun tidak lah jauh mana KUIS itu..

wahai sahabat sahabiah ku, perjuangan ini tidak la bermula di sini dan bukanlah pula bererti berakhir di sini.. namun inilah titik perjuangan kita yang tidak akan pernah padam sehingga saat nyawa yang Allah pinjam kan kepada kita ini di ambil kembali untuk di hitung di MAHSYAR kelak.. moga inilah wasilah kita ke Syurga bersama junjungan kita Rasulullah S.A.W. yang amat2 kita rindui (T_T)



Alhamdulillah 2-3 hari ni ana di uji sendikit dengan selsema+batuk yang sedikit sebanyak membuat ana tidak selesa akibat hilangnya suara..jadi serak2 dah :)
namun...insyaAllah pasti ada hikmahnya... Moga ini kafarah(penghapus) dosa yang ana lakukan selama ini...insyaAllah...

sehari sebelum pergi ni ana di kenakan perintah "berkurung" oleh ummi.. :D
di sebabkan selsema+batuk yang agak membimbangkan...

macam mana nk jalani sesi ta'aruf(orientasi) ni?? huhu....adoi2.... takpa...relax...
Allah with us right? :)

__________________________________



semalam keluar pula berita tentang tanah runtuh di Hulu Langat yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 20 anak-anak yatim 'pulang bertemu AL-KHALIQ'... Allah~
Moga mereka semua di tempatkan di Jannah..insyaAllah...

bila keluar je berita tu.... Allah... menangis ana... tak tertahan lagi air mata ini.. sebak...
mereka telah 'pulang'...kita?? masih di beri peluang...Allah nk kita ambil iktibar dari setiap perkara yang berlaku atas bumi ini...

bumi ini telah 'uzur'...sudah terlalu lama ia menampung jutaan manusia dari zaman Nabi Adam a.s lagi sehingga umat Rasulullah S.A.W iaitu kita wahai umat akhir zaman... bayangkan sudah berapa lama...??? bayangkan sudah berapa tahun bumi ini menjadi saksi atas segala yang berlaku di dalam perutnya...

sehingga saat Bumi 'berkata-kata' pada manusia seperti yang di sebut dalam Al-Quran surah Al-Zalzalah ayat 1-8:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat),
  2. وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,
  3. وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا dan manusia bertanya: "Mengapa bumi (jadi begini)?",
  4. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا pada hari itu bumi menceritakan beritanya,
  5. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.
  6. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka.
  7. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya.
  8. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.



Monday, May 16, 2011

Palestin BANGKIT memperingati HARI NAKBA!

15 Mei — Rakyat Palestin di Tebing Barat, Gaza dan juga negara-negara jiran Lubnan, Syria, Mesir dan Jordan telah mengadakan perhimpunan bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah kemanusiaan — hari Nakba. Pada 15 Mei 1948 negara haram Israel telah terdiri di atas runtuhan perkampungan dan tumpahan darah rakyat Palestin. Hari ini, mereka bergerak ke sempadan sebagai memprotes kebinatangan rejim Zionis ini, dan menuntut hak mereka untuk kembali ke bumi asal milik mereka sejak turun-temurun.

Hampir 500 buah kampung dan bandar dimusnahkan, menyebabkan lebih 700,000 orang Palestin terpaksa menyelamatkan diri ke negara luar dan juga daerah Gaza. Jumlah pelarian Palestin yang berdaftar dengan UNRWA pada tahun 2010 adalah seramai 4.7 milion orang. 1.4 juta daripada mereka tinggal di kem-kem pelarian di daerah-daerah sempadan dalam keadaan serba dhoif dan bergantung kepada bantuan luar.

[Tentera Israel bertempur dengan rakyat Palestin di Tebing Barat]

Dalam kejadian memperingati hari Nakba di Gaza, tentera Israel menembak mati dua orang penunjuk perasaan yang sedang menyertai protes berdekatan sempadan Israel di Erez. Seramai 65 orang lain tercedera dalam serangan oleh tentera Israel yang menyasarkan tembakan menggunakan kereta kebal, helikopter Apache dan jet F-16.
PressTV juga melaporkan kejadian pertengkaran antara rakyat Palestin dan polis Israel di pos pemeriksaan Qalandiya yang terletak antara Ramallah dan Baitulmaqdis. Seorang terbunuh dan 150 lagi tercedera dalam kejadian tersebut.

[Polis menembak gas pemedih mata di Al-Karameh, Jordan]

Tentera Israel juga menyerang para peserta perhimpunan di Dataran Tinggi Golan Syria, menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan mencederakan 30 yang lain.
Dalam kejadian di selatan Lubnan, PressTV melaporkan bahawa tentera Isreal telah membunuh seramai 6 orang penunjuk perasaan dan mencederakan lebih 70 orang yang lain, 13 daripada mereka mengalama keceraan teruk. Kejadian ini merupakan insiden yang paling serius di kawasan Blue Line sejak tahun 2006.

Manakala di Jordan, ramai penunjuk perasaan tercedera apabila mereka bertempur dengan polis di kawasan al Karameh, berdekatan sempadan Jordan dan Tebing Barat. Polis dilaporkan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Dengan mengibarkan bendera Palestin, penunjuk perasaan menyahut slogan-slogan menyokong Palestin. Selama dua hari berturut-turut mereka mereka dihalang daripada mendekati sempadan di Sungai Jordan.
Di Turki pula, aktivis berkumpul di kediaman Duta Besar Israel di Ankara bagi menunjukkan protes terhadap negara haram Israel.

Protes juga turut diadakan di Kedutaan Israel di Kaherah. Ribuan rakyat Mesir berhimpun menuntut supaya dihentikan pendudukan kerajaan haram Israel di atas bumi Palestin. Mereka juga mendesak kerajaan interim Mesir supaya menamatkan perjanjian keamanan dengan Israel yang berlanjutan sejak 32 tahun lalu. Rejim Mesir di bawah kepimpinan Hosni Mubarak komited membantu Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak tahun 2007.

Perdana Menteri Ismail Haniyyeh mendesak rakyat Palestin untuk terus menentang kezaliman rejim Zionis demi membebaskan bumi mereka. Beliau juga menyatakan harapan agar suatu hari nanti semua rakyat Palestin akan dapat kembali ke tanah air dan rumah mereka yang dirampas.

[Kanak-kanak turut menyertai perhimpunan memperingati

hari Nakba dengan membawa kunci-kunci simbolik

rumah mereka yang dirampas oleh Israel]

[Seorang wanita Palestin duduk di atas bumbung rumanhya

di perkampungan Walaqah di selatan al Quds,

memerhatikan warga Palestin mengadakan protes]

[Rakyat Palestin mengadakan perhimpunan sempena

memperingati hari Nakba yang ke-63, iaitu sempena

berdirinya negara haram Israel pada taun 1948]

[Kanak-kanak menjulang kunci simbolik rumah mereka dan

generasi awal mereka, dan berharap suatu hari nanti akan pulang

ke rumah mereka]

[Polis di Gaza cuba menghalang penduduk daripada

bergerak ke sempadan Israel]

[Mereka yang mara ke sempadan Israel disambut dengan

tembakan oleh tentera Israel, menyebabkan ramai tercedera]

[Tentera Israel berhadapan dengan peserta perhimpuan di

Majdal Shams di Bukit Golan. Dilaporkan beberapa orang peserta yang

terbunuh dan ramai lagi tercedera]

[Peserta perhimpunan dari Lubnan bergerak dengan

menaiki bas ke sempadan Lubnan-Israel]

[Tentera Lubnan cuba meleraikan penunjuk perasaan

di Maroun al-Rass, berdekatan sempadan Israel]


[Polis Israel berpakaian preman yang dan turut bersama-sama

penunjuk perasaan menangkap pemuda di AlQuds Timur]

[Perhimpunan di Dataran Tahrir, Kaherah]



HALUAN PALESTINE

Untukmu Bonda dan Ayahanda ku~


Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah masih di beri kesempatan menghirup oksigen di bumi Allah ini.. :)
selepas solat subuh ana pun turun bawah..melihat ummi sibuk2 bersiap.. kerana apa?? huhu..akan ana bagi tahu nanti...huhu.. ayah pula cuti hari ni...

melihat ummi bersiap2 dah keluar dari rumah terus ku menjerit(nada pelahan)
"MA! SELAMAT HARI GURU" heee :D muka sposen je.. :D
hadiah? tiada yang lebih berharga dari doa.. (^_^)
ummi senyum comey~ alala...comey nya~ :D

(p/s: nanti anak murid bagi hadiah hulur2 la ye.. ;p)

ya...ummi ku seorang guru..ayah ku jua seorang guru tapi ayah berkerja di pejabat..pelik? huhu..tak apa...



Untukmu semua Guru.. Terutama ummi dan ayah serta guru-guru
SR AGAMA(A) KG MELAYU AMPANG, SKTK serta SMKTK...

Wahai Guru!~ Engakaulah Bonda Dan Ayahanda ku!~

Guruku,
Engkaulah permata yang amat berharga,
Tanpa mu tidak lah kami kenal Alif Ba Ta,
Tanpa mu tidak lah kami kenal tulis baca,
Moga Allah Merahmati mu hendaknya...

Guruku,
Engkau la pelita hidup kami,
Yang mewarnai hari-hari kami,
Mengajar tulis baca pada kami
Moga Allah memberimu pahala atas didikan mu pada kami...

Guruku,
Pesananmu masih kami ingat,
Menjadi Ummah yang cemerlang dunia akhirat,
Jangan biarkan diri jatuh dan berusahalah untuk bangkit...

Guruku,
Lihatlah......!
Kami akan melangkah ke manara gading,
Membawa harapan mu serta ayah bonda melihat kami cemerlang,
bukan hanya di dunia BAHKAN di akhirat pasti cemerlangnya..
INSYA-ALLAH.



"Ya Allah...kasihi lah Ayah bonda kami serta guru-guru kami yang tidak lelah naik turun tangga semata-mata ingin mengajar kami. Limpahi Rahmat mu kepada mereka.. Berilah kepada mereka kebaikan dunia wa akhiroh"



anak didikmu:
-NOR SYAHIRAH -



Saturday, May 14, 2011

Moga Terus di JalanNya.

Assalamu'alaikum...

Allah~ lebih kurang tinggal seminggu je lagi ana akan ke KUIS... risau juga di buatnya.. Maklumlah tak pernah duduk asrama keran sebelum ni nak masuk asrama ayah tak bagi pula.. tak apa la..ini pengalaman pertama..insyaAllah :)

apa yang merisaukan adalah bagaimana ana di sana nanti... risau "jatuh" itulah yang merisaukan diri ini...sejak dari bangku sekolah ana tekad untuk masa ke U/kolej yang beterasakan ISLAM kerana ana sangat2 rindukan suasana Islam yang ana tidak dapat di sekolah ana dulu...

Alangkah beruntungnya kalian yang bersekolah agama/maahad/madrasah dan sebagainya yang memang menjalankan suasana ISLAM sepanjang masa di sekolah.. jangan sia2kan apa yang kalian belajar di sana dahulu..berbanding kami yang bersekolah harian yang KURANG menjalankan suasana ISLAM... sedih...itu lah yang boleh ana katakan... tidak perlu ana mengulas kerana ana pasti kalian faham... :)

ada sahabat tanya "bagaimana antunna mampu sekolah di sekolah macam tu?". agak2 kalian apa yang kami jawab? andai kalian yang tak pernah sekolah harian yang biasa...rasa lah sendiri bagaimana kami laluinya... :)

terkadang tertanya2 jua bagaimana kami boleh laluinya ya?? huhu..Wallahu'alam..

Doakan ana dan kalian terus berada di atas jalanNYA... insyaAllah... moga Allah Redho.. (^_^)



"Dalam tubuh anak adam itu ada seketul daging,kalau baik daging yang seketul ini maka baiklah keseluruhan tubuhnya,jika buruk seketul daging itu maka buruklah keseluruhannya,ketahuilah olehmu itu ialah hati".

Beruntung kita yang membersihkan hati !

Hidup di dunia ini Keseronokan dan Kebahagiaannya Sementara...

Akhirat la Kehidupan Abadi...


Monday, May 9, 2011

inilah keputusanNya.. :)

Assalamu'alaikum...



Alhamdulillah..insyaAllah Istikharoh telah di buat..dah bincang dengan umi & ayah dan keputusannya "bumi kuis(KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SELANGOR) memanggil"... :)

Moga perjalanan yg di bumi ini akan membawa ana ke jalanNya..itulah harapan utama...
insyaAllah...

Bukan mudah membuat keputusan kan? Allah..~ mula2 tu sangat2 la berbelah bagi.. sekejap mahu ke tingkatan 6 sekejap mahu ke kuis..dan hasil perbincangan 3 pihak (ana,umi dan ayah) ini lah jawapanNya...insyaAllah.. di sokong pula dengan kakak2 ana..alhamdulillah... moga di permudahkan semuanya..insyaAllah..

Harapan menggunung tinggi ingin di tarbiah di sana..insyaAllah... moga mendapat sahabiah yang dapat bimbing ana menuju jalanNya...insyaAllah..

Kuliah yang ana dapat ialah DIP.IN ISLAMIC FINANCIAL PLANNING fakulti management and Muamalah... moga ana dapat bawa subjek ni..insyaAllah..

doakan ana wahai sahabiah ku :)

Syukran ya Allah kerana memberi petunjukMu..tanpaMu tidak mungkin hamba dapat buat keputusan yang melibatkan masa depan hamba ini.. tidak mungkin hamba dapat bernafas tanpa redho Mu...Allah~ (T_T)

Syukran kepada umi dan ayah kerana tanpa redho kalian tidak mungkin keputusan ini dapat di laksanakan.... acik sangat3 menyayangi kalian! Redho kalian akan membawa acik kepada Redho Allah... (^_^)

Syukran juga kepada kak Nurul dan akhi yang membantu ana...kak nurul walaupun sakit2 tolong juga adik dia yang banyak kerenah ni..huhu..syukran kak! uhubbukifillah!~ Hanya Allah yang mampu balas budi akak... maaf menyusahkan akk...(T_T)

serta kak Rumaisa' - fasi ana di HiMEGA anjuran Haluansiswa hari tu...
t.kasih kak kerana berusaha bantu syira.. hanya Allah yang mampu membalas budi akk.. uhibbukifillah :)