dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Saturday, February 27, 2010

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT LIMA WAKTU



-SEKSA MENINGGALKAN SOLAT-
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang."
AlMudathsir:42,43)


Siksaan Ketika Hidup Di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Siksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Siksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.


Siksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

  • Nisbah Dosa Bagi Orang-Orang Yang Meninggalkan Sembahyang Setiap Waktu
SUBUH : Ia akan disiksa selama 60 tahun di dalam neraka.
ZUHUR : Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
ASAR : Dosanya seperti ia meruntuhkan Kaabah.
MAGHRIB : Dosanya seperti ia berzina dengan ibunya (jika lelaki) atau berzina dengan bapanya (jika perempuan).
ISYAK : Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah ini dan digesa agar mencari bumi lain.



SEKSA NERAKA BUKAN KEPALANG!

Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia
dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan.Tiga
jenis seksa di dalam kubur ialah:-

1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:

"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."

Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar
ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.

CUAI SOLAT LIMA WAKTU

Didalam neraka Jahanam terdapat wadi(lembah) yang didalamnya
adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya
sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang-
orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa
ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun
sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka
kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.


Seksaan bagi orang-orang yang meninggalkan solat

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.
Enam seksa semasa hidup di dunia:
1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

  • Tiga seksa tatkala hendak mati:
1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

  • Tiga seksa ketika di alam kubur:
1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat.


  • Tiga seksa di hari kiamat:
1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam nerakasebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami , tidak sembahyang."


Renungan:
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

Waallahu'alam..

Monday, February 15, 2010

Ujian Kesabaran Nabi Ayub a.s



Nabi Ayub as adalah seorang yang kaya-raya dan hidup harmoni bersama keluarganya. Pun begitu, sesuai dengan kedudukannya sebagai Nabi, Baginda tidak lupa diri. Lidah dan hatinya sentiasa berzikir dan bersyukur dengan nikmat Allah itu. Baginda juga terkenal dengan sifat sabar. Kerana itulah Iblis sangat dengki kepadanya, lalu memohon izin kepada Allah Taala untuk menguji kesabaran Nabi Ayub supaya sesat.

"Engkau boleh datangkan musibah ke atas seluruh harta benda dan keluarganya, tetapi engkau tidak mampu mengenakannya ke atas tubuh badannya," tegas Allah swt.

Iblis pun mengumpulkan kekuatannya. Segala jin dan syaitan dikerah menghadap Iblis. Iblis membahagi-bahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Masing-masing diberikan tugas khas. Misi mereka semua ialah memusnahkan segala-gala milik Nabi Ayub as. Selain harta benda yang musnah, anak-anak Nabi Ayub mati kesemuanya dikerjakan tentera Iblis. Kemudian Iblis datang menemui Nabi Ayub as dan berkata;

"Wahai Ayub, lihatlah malapetaka yang Tuhan datangkan kepadamu. Anak-anakmu, harta bendamu kini musnah semuanya. Itulah tandanya Allah swt tidak terima amal ibadahmu selama ini."

"Allahlah yang Maha Pemberi dan Dia jugalah yang berhak mengambilnya semula," jawab Nabi Ayub tenang.

Marah sungguh Iblis mendengar kata-kata itu. Lalu dia kembali menghadap Allah.

"Ya Allah! Ayub telah hilang segala-galanya namun imannya tetap teguh. Izinkan aku untuk uji dia lagi, kali ini ke atas tubuh badannya. Biar dia tidak lagi menunaikan ibadah kepadaMu ," mohon Iblis kepada Allah swt.

"Engkau boleh sakiti tubuh badannya, tetapi tidak hatinya," tegas Allah swt.

Sekali lagi Iblis dan konco-konconya mendatangkan musibah kepada Nabi Ayub as.

Ditiupkan penyakit kepada Nabi Ayub.

Menderitalah Nabi Ayub menanggung sakit dan dipulaukan orang ramai kerana takut berjangkit.
Hanya isterinya yang masih setia di sisi.

Biar habis tubuhnya diserang penyakit, namun hati Nabi Ayub as tidak henti-henti memuji dan bertasbih kepada Allah.

Gagal menyesatkan Nabi Ayub, Iblis menggoda pula isteri Baginda. Sehinggakan isterinya berasa tidak tertanggung lagi dengan kehidupan itu. Dia menyuruh Nabi Ayub berdoa kepada Allah agar dipulihkan keadaan.



"Telah berapa lama kita nikmati hidup mewah pemberian Allah?" Tanya Nabi Ayub kepada isterinya.

"Tujuh puluh tahun," jawab isterinya.

"Berapa lama pula kita menanggung penderitaan ini?" Tanya Nabi Ayub.

"Tujuh tahun," jawab isterinya lagi.

"Aku malu untuk memohon kepada Allah supaya ditamatkan penderitaan ini jika dibandingkan dengan nikmat yang diberi-Nya selama ini. Marilah kita sama-sama bersabar menghadapinya," jelas Nabi Ayub.

Iblis tewas dalam usahanya menghasut Nabi Ayub. Ternyata, kesabaran merupakan senjata paling ampuh untuk menundukkan Iblis laknatullah. Bertambah-tambah bencilah Iblis kepada Nabi Ayub.


Nukilan editor : Kesabaran seorang Nabi ini adalah satu contoh yang baik kepada kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini yang serba mencabar. Sesungguhnya setiap satu ujian yang diturunkan kepada kita datang daripada Allah swt untuk menguji keimanan. Dan ingatlah ayat 286, surah al-Baqarah, Allah swt itu Maha Adil. Semoga kehidupan di dunia ini menjadi pemangkin ke arah kehidupan yang abadi di akhirat. InsyaAllah.


Maksudnya : Allah swt tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...(sehingga ke akhir ayat) ~ Surah al-Baqarah ayat 286.



* Kisah ini dipetik daripada buku Syaitan Musuh Kita, Tak Kenal Maka Tak Benci karangan Haji Badrul Hisham dan Zakaria Sungip (mukasurat 26-27).


www.iluvislam.com

To semua :)



Waallahu'alam

meNguap & BersiN Menurut IslaM

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:3q5HQ12RyCUNWM:http://lrrc3.sas.upenn.edu/popcult/cartoons/DISNEY/SLEEPY.JPG

assalamualaikum...
alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi kerana kita dapat lagi membuka mata untuk melihat keindahan yang terbentang di hadapan kita.. :)

lama juga ana tak update blog..alhamdulilah ana berpeluang berbuat demikian hari ini (21/1/2010)

ana nak kongsi artikel mengenai menguap & besin menurut islam yang ana ambil dr followers setia ana [ansas04.blogspot.com]...


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah'. Walaupun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. kerana apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Apabila seseorang menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka. (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang itu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana perbuatan itu daripada syaitan yang mentertawakan kamu. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesungguhnya Allah s.w.t membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin. (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutamanya ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan Alhamdulillah, dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan Yarhamkallah.

5. Sunat mengucapkan Astaghfirullah selepas menguap.

SELAMAT BERAMAL!!!

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT


VS



Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda "Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati".

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka." Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Siapa yang tertawa ketika berbuat dosa maka ia akan menangis ketika akan masuk neraka." Orang yang lebih banyak ketawa didunia merekalah yang lebih banyak menangis diakhirat, dan orang yang banyak menangis didunia merekalah yang banyak tertawa diakhirat.




Waallahu'alam

khalifah Sultan Muhammad Al-Fateh.




HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam telah berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Akhirnya,dadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fateh? Apakah kehebatan beliau dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.

Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulama dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.


Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya.

Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka. Bantuan Dari Pope Vatican Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah.Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.


Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah.

Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda.

Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”. Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Beliau diberi gelaran 'Al-Fateh' iaitu sang penakluk kerana telah berjaya manakluk semula Constantinople yang dikuasai kerajaan Rom pada waktu itu.


SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu. Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya itu.

Invitation To Understanding Islam

HOW MUSLIMS DRESS?

Allah makes a natural covering for all His creatures but not for His best creation: the human being. Instead, Allah tells us why and how we should clothe ourselves. Then Allah leaves us to choose whether to obey.

True Muslims always choose to obey Allah's commands.

The Noble Qur'an says:

“O children of Adam! We have sent clothing to you to cover the shameful parts of your body and to serve as a protection and decoration; but the best clothing is the clothing of piety” [7:26]


WHY COVER?

In Islam, dress has 4 functions.

1. COVERING

Dress conceals the private parts of the body that are called 'aurah in Islam. Muslims do not expose what Allah commands to be kept private. Allah forbids nudity.

2. PROTECTION

"And (Allah) has made garments to protect you from the heat (and cold)... " [16:81]

Dress protects the body from the weather; or heat, cold, wind and rain.

People living in desert region cover their heads and faces to prevent sand carrying living microorganisms entering their ears, noses, eyes and mouths.

3. ADORNMENT

Dress is worn to adorn and beautify the human personality, bestowing on it dignity.

Allah is Beautiful and He loves beauty.[Sahih Muslim]

4. MORAL FUNCTION

Islamic dress helps safeguard the modesty and decency of a person and the moral ideal of society, where sex is permitted only in marriage.

There is a deep impact which outer modesty makes on inner spiritual well-being. Also, inner spirituality is reflected on one's appearance.

In Islam, both men and women should be custodians of the morality and society.

What Allah says in the Noble Qur'an :

-Modesty of Men

"Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty; that will make for greater purity for them: and Allah is well acquainted with all that they do."[24:30]


-Modesty of women and their dress in public

"And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments (in public) beyond what may decently be apparent. Hence, let them draw their head-coverings over their bosoms. And let them not display (more of) their charms to any but their husbands, or their father,..."[24:31]

-Protection for women

"O Prophet! Tell your wives, daughters and the believing woman that they should draw their outer garments (hijab), over their persons (when in public). That is more proper that they should be recognized (as decent women) and not molested." [33:59]

When should Muslims be dressed best?

"O cildren of Adam! Wear your beautiful apparel at every time and place of prayer." [7:31]


ISLAMIC DRESS : An Identity, not a uniform!

Islam, being a universal religion, has not set any particular form or style of dress. All manner of dress is acceptable as long as certain guidelines are followed. These guidelines apply to both men and women.



WHAT TO COVER?

Islamic dress must cover the 'aurah. 'Aurah is the parts of the body which cannot be exposed to others. Prophet Muhammad (pbuh) defined 'aurah.

'Aurah is different for men and women.

A man's 'aurah extends from his navel to his knees. Most men choose to cover more than this minimum requirement. A woman's 'aurah outside her home and/or in the presence of non-mahram (not close relatives) men is her whole body except her face, hands and feet. Some scholars also include her feet. The head covering or hijab is a command of Allah. The face-veil or niqab is not a requirement, but some Muslim women choose to wear it for greater modesty, out of conviction that Islam requires it, or because of cultural tradition.

Muslim women are not permitted to cover their faces during prayer, while performing the pilgrimage rites in Mecca, when giving legal testimony, or when identification is crucial for security purposes. In her home, Muslim women may uncover their heads, arms, feet and legs below the knees. And in privacy with her husband, no part of her needs to be covered.

HOW TO COVER?

The Prophet Muhammad (pbuh) admonished:
" Do not appear naked while fully clothed."[Bukhari]

Dress should not be transparent, showing the skin or so tight-fitting that it reveals the shape and sexual contours of the body. Loose-fitting clothes make prayer easier to perform.Dress should not be so outlandish or glamorous that it is provocative. However, Muslims may be as provocatively dressed (or undressed) as they like when they are with their spouses in private.

GENDER-APPROPRIATE

Men are not allowed to dress (and behave) like women, or as women. They are forbidden to wear pure silk and gold. Muslim men must be manly!

Likewise, women should not imitate men in dress (and behaviour too). Muslim women are feminine. Islam sets distinct and complementary roles for men and women in harmony with the natural disposition of goodness (fitrah) that Allah created them with.

Gender-appropriate dressing helps men and women fulfill their roles better.

MEN IN WHITE, WOMEN IN BLACK

In Islam, there is no "holy" colours. Islam does not require women to be always dressed in black or blue in public. This is cultural tradition practiced in some Muslim countries, or a rule imposed by certain Muslims authorities so as to enforce greater morality. Darker colours are worn because they conceal better.

Muslim men need not always wear white. The Prophet Muhammad (pbuh) wore clothes of various colours. However he recommended that white clothes be worn on Fridays and other assemblies.

"The purity and simple beauty of white befits the honour and dignity of man" [An Nasa'i]

The Prophet (pbuh) also grew a beard and often wore a turban on his head. Muslim men, out of their love for the Prophet, emulate him not only in character and conduct but also in dress and grooming.


HUMILITY AND THANKFULNESS

The Prophet Muhammad (pbuh) said : “Allah likes to see the signs of His bounties on His servants. “ [Tirmidhi]

He also said: “ Eat, drink, wear clothes, and give charity without extravagance and conceit.” [Bukhari]

Allah has not forbidden fine clothes, unless worn in arrogance and wastefulness. Allah’s bounty should not be flaunted lest it provokes envy and ill-feeling. Humility before The Creator and fellow human beings is a virtue. It’s difficult to be humble when one is decked in thousand dollar suits! However, Allah also dislikes slovenliness as a pretentious show of one’s poverty. Moderation and simplicity is always the preferred way.

THE LIBERATED MUSLIM WOMAN (AND MAN)

Islamic dress does not degrade or oppress women. Rather, it gives them dignity because it protects them from exploitation as sexual objects, and enslavement by the fashion, cosmetics, film and advertising industries. Dignity and protection, together with many rights that Islam grants women (which modern world has recognized only in the last 60 years) guarantees the high status of women in Islam. The incorrect practice of Islam in many Muslim countries does not represent TRUE ISLAM. Regrettably, the movie industry has now begun to blatantly exploit male sexuality. Islamic dress also preserves men’s dignity.


THE MUSLIM IDENTITY

Muslim men and women who dress as Allah commands them present an image of dignity, modesty and morality. This is the Muslim identity, unmistakably recognized anywhere in the world. Obey Allah and be loved by Him!

By: Fatima Ebrahim Munshi

teringat kepada Muslimah-muslimah itu.

Hari ini saya teringat kepada beberapa orang Muslimah. Hem… Siapakah yang saya teringat itu? Muslimah-Muslimah ini, ada yang saya kenal masa tadika. Ada pula yang saya kenal masa sekolah rendah. Ada pula yang saya kenal masa sekolah menengah. Apabila saya dewasa, saya berusaha memeriksa latar belakang Muslimah-Muslimah ini, dan mengkaji kehidupan mereka. Mudah cerita, saya suka dengan Muslimah-muslimah ini sebenarnya. Pada saya, mereka amat bermakna dalam kehidupan saya. Oleh kerana saya teringat akan mereka, maka saya ingin perkenalkan mereka kepada kalian.


Muslimah-muslimah ini, adalah Muslimah-muslimah yang dilupakan. Hari ini, perempuan melihat kepada siapa untuk mereka contohi? Hari ini, lelaki akan memilih perempuan yang bagaimana untuk dijadikan isteri? Hari ini, ibu bapa akan membesarkan anak perempuan mereka mengikut perempuan yang mana? Hari ini, masyarakat akan mengangungkan perempuan yang bagaimana? Hari ini, perempuan jenis apakah yang dikira sebagai mulia? Hari ini, perempuan bagaimanakah yang lelaki puja?
Persoalan ini, anda boleh jawab sendiri di dalam hati, dengan melihat keadaan sekeliling kita. Anda akan melihat satu jawapan yang sama, walau di mana sahaja anda berada. Perempuan jenis ‘itu’. ‘Itu’ itu anda terjemahkan sendiri dengan pengamatan anda pada keadaan hari ini.


Kita lihat hari ini, masyarakat, baik lelaki atau perempuan, orang tua atau anak-anak, telah melupakan sebahagian Muslimah-muslimah agung yang sepatutnya dijadikan contoh, qudwah untuk wanita-wanita seluruh dunia, sepanjang zaman. Sesungguhnya, figur-figur inilah yang mengusung panji ISLAM dalam kehidupan, seterusnya memuliakan diri mereka dengan kalimah ALLAH SWT. Maka hari ini, saya nak memperingati Muslimah-muslimah yang dilupakan oleh ummah ini.


Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.


Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.


Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.


Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.


Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.


Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.”

Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini?


Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?


Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.


Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.


Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.


Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH”


Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji? Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.





sama-sama la kita renungkan...peringatan untuk diri ini dah sahabat sekalia..

DI ATAS HAMPARAN SEJADAH

Nabi s.a.w bersabda: “Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: “Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya.” (Abu Huraiarah r.a)

Pengajaran Hadith:
1) Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.

2) Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.

3) Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

di atas hamparan sejadah


sumber: ~ pencari cinta ilahi ~

7 Cara Menangkis Virus Ukhuwah

Dalam surat Al-Hujurat, Allah swt memaparkan 7 sikap bagi kita untuk membasmi virus-virus ukhuwah yang bisa menghancurkan kekuatan ukhuwah yang telah dibina.

1. Tabayyun yang bererti mencari penjelasan dalam setiap maklumat yang diterima dan mencari bukti kebenaran informasi yang diterima. Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

2. 'Adamus Sukhriyyah, ertinya tidak memperolok-olokkan orang atau kelompok lain. Firman Allah swt: "Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11). Mampukah kita untuk meninggalkan tradisi sukhriyyah dan perasaan ana khairun minhu (saya lebih baik daripadanya), yaitu perasaan 'sombong' seperti yang dimiliki iblis? Inilah persoalan yang perlu ditanya pada diri.

3. Tidak mencela orang lain. Ini ditegaskan dengan firman-Nya: 'Dan janganlah kamu mencela diri sendiri'. Mencela sesama muslim, oleh ayat ini dianggap mencela diri sendiri, sebab pada hakikatnya kaum muslimin dianggap satu kesatuan. Apalagi jika celaan itu berkait dengan kedudukan dan kebendaan di dunia. Allah sendiri menyuruh Rasul dan orang-orang yang mengikutinya untuk bersabar atas segala kekurangan orang-orang mukmin. (Lihat QS, 18:28)

4. Meninggalkan panggilan dengan sebutan-sebutan yang tidak baik terhadap sesama muslim. Ini berdasarkan firman Allah swt: "Dan janganlah kamu saling memanggil dengan sebutan-sebutan (yang buruk)." (QS 49:11) Tanabuz dalam bentuk yang paling parah adalah berupa pengkafiran terhadap orang yang beriman. Pada kenyataannya masih saja ada orang atau kelompok yang dengan begitu mudahnya menyebut kafir kepada orang yang tidak tertarik untuk masuk ke dalam kelompok tersebut.

5. Ijtinabu Katsirin minadzdzan di mana Allah swt berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, karena sebagian prasangka itu dosa." (QS 49:12) Pada dasarnya seorang muslim harus berbaik sangka terhadap sesamanya, kecuali jika ada bukti yang jelas tentang kesalahan tersebut.

6. Tidak mencari-cari kesalahan dan aurat orang lain. Perbuatan ini amat dicela Islam. Allah swt amat suka bila kita berusaha menutup aib saudara kita sendiri. Firman Allah swt: "Dan janganlah kamu sekalian mencari-cari kesalahan (dan aurat) orang lain." (QS 49:12)

7. Allah swt menegaskan: "Dan janganlah kamu sekalian menggunjing sebagian lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..." Ghibah sebagaimana yang dijelaskan Rasulullah saw adalah menceritakan keburukan dan kejelekan orang lain. Ketika seseorang menceritakan kejelekan orang lain, maka ada dua kemungkinan yang terjadi. Pertama, jika yang diceritakannya benar-benar terjadi maka itulah ghibah. Kedua, jika yang diceritakannya itu tidak terjadi bererti ia telah memfitnah orang lain. Begitu besarnya dosa ghibah, sampai Allah SWT menyamakan orang yang melakukannya dengan orang yang memakan bangkai saudaranya sendiri.

Wallaahu'alam

10 laluan yang bakal di lalui oleh manusia dari manusia sampai akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR

a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji

b. Hindarkan perasaan irihati (benci)

c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia

d. Sucikan qadha' hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL

a. Bersihkan diri dengan bertaubat

b. Gembirakan hati orang Mu'min

c. Bayar semula qadha' (solat & puasa) yang tertinggal

d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR

a. Mengucap dua kalimah syahadat

b. Suka memberi sedekah

c. Berkata benar

d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN

a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat

b. Sucikan perkataan dan pakaian

c. Bersyukur dengan yang sedikit

d. Suka dan redha dengan apa yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN

a. Jauhkan perkataan yang sia-sia

b. Pendekkan cita-cita dunia

c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH

d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM

a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala

b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa

c. Berpegang teguh dengan hukum syara'

d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA

a. Banyakkan membaca al-Quran

b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu

c. Tinggalkan perkara yang maksiat

d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA

a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh

b. Kasihi orang yang soleh

c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH

d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD

a. Kasihilah Nabi ALLAH

b. Kasihilah Rasulluah

c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH

d. Banyakkan selawat Nabi S.A.W.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH

a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH

b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH

c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH

d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya


Mulia nya seorang muslimah itu..


Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-quran dengan menamakan surah -an nisa’-.

Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.a-.

Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.a-.

Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.a yang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie. Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda nabi yang mafhumnya, “Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”.


Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya “Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.


Begitu juga kisah Sumayyah r.a yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.

Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah maha besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.

Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita ? . But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya ,
“Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”.

Kisah bulan pada malam 30 Sept 2009

*Sumber:Halaqah.net

Kira-kira pukul 10.15 tadi (30.9.09) saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh kakak ipar menyuruh saya turun ke bawah melihat satu fenomena luar biasa bulan dan bintang dikelilingi pelangi. Sungguh menakjubkan tetapi ada sesuatu yang lebih menakjubkan bila saya melihat kembali gambar yang telah dirakam melalui LCD, nah! terdapat kalimah Allah berhampiran dengan bulan. SubhanaAllah… Maha Suci Allah.


Maha Suci Allah saja yg mengetahui segala apa yg tersirat maupun tersurat. Tak dapat kita sebagai hambaNYA yg kerdil lagi hina nak mentafsir semua yg DIA tunjukkan. Sebaliknya kita wajib mengagungkan kebesaran dan keesaanNYA tanpa mempersoalkan sikit pun apa saja yg DIA jadikan.

Meh K.Nor cerita dari awal ya.. duk diam2 dan baca betul2.. semua ni bukan rekaan mana2 penerbit. Semuanya benar, sikit pun tak direka oleh penerbit atau pun pengarah dan tak ada kena mengena dgn yg masih hidup maupun yg dah arwah..


Lebih kurang pukul 10.15 mlm sister sulong K.Nor call no rumah dan cik abg K.Nor yg angkat sbb K.Nor dah masuk bilik nak beradu. Sister K.Nor kata cuba turun bawah (kawasan parking) dan lihat bulan yg agak pelik. Seperti bulan di kelilingi pelangi. Mulanya K.Nor males dah nak turun( dlm hati kata, takkan la malam2 buta ada pelangi), dah siap nak naik atas katil pun tp bila pikirkan mungkin lain kali dah tak berpeluang nak tengok, lebih baik turun. So lepas tukar pakaian yg lebih sesuai, K.Nor turun ler. Cik Abg dah turun dah, dgn gadget dia tp dia naik balik sbb kena amik tongkat utk gadget dia tu. Kalau tak pakai tongkat gambar jd blurr.

Bila turun, tengok2 sister dan anak2 dia dan 2 org anak jiran turut ada sama. Bila K.Nor mendongak ke langit.. Subhanallah… takjubnya rasa. Tengok la gambar2 ni.. Nampak tak bulan yg di kelilingi bulatan cahaya yg menyerupai pelangi. Di tepi bulan tu terdapat sebutir bintang yg amat terang. Mula2 mmg jelas/sharp sgt cahaya pelangi tu. Masa tu cik abg duk atas rumah, duk cari tripod utk kamera dia. Terkedu dan kelu bila melihat, bulan di langit dgn cahaya pelangi mengelilinginya dan sebutir bintang yg bersinar terang. Mulut tak henti mengucapkan Subahanallah… Dan dalam hati terdetik, apa yg Allah nak tunjuk di sebalik semua ni.. K.Nor call adik ipar di KL, dia pun nampak gak tp tak nampak cahaya pelangi tu. Cuma nampak cahaya bulat terang jer mengelilingi bulan.

Makin lama, cahaya pelangi makin pudar/blurr tp sempat Cik Abg snap 4 - 5 keping gambar. Ternampak awan berada di dalam bulatan pelangi tu tp tak jelas bentuknya. Bulatan pelangi tu pun nampak cam makin membesar/makin luas dan dah tak sharp lagi kaler dia. Memang jelas bentuk kaler pelangi tu, dgn kaler merah duk lingkaran sebelah dalam, kuning di tengah2 sket dan hijau kebiruan menghala keluar dr lingkaran. Subhanallah…

Kemudian makin ramai anak2 jiran turun dan ada dua tiga org jiran yg dewasa pun turun. Bila K.Nor tengok balik gambar yg Cik Abg shoot, terkejut rasanya sbb awan tu membentuk kalimah Allah yg tak la sharp/jelas sgt. Bila suami dan Aisyah tengok dia org pun kata mmg betul cam kalimah Allah. K.Nor panggil sister K.Nor dan yg lain2 utk tengok sama, mmg dia org pun kata cam kalimah Allah. SUBHANALLAH…. SUBHANALLAH… SUBHANALLAH…




Sama-sama lah kita merenung apa yg terjadi ini. Kalau Allah kata "kun fayakun" , maka jadilah. Semoga kita semua ambil iktibar dari apa yang terjadi malam ini. Dan semoga Allah melindungi kita semua dari segala bala bencana dan mala petaka.Amiiin……







Tiket Perjalanan yang Percuma

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Allah mula berbicara...

Pictures of Allahu Akbar….Allahu Akbar…. Allahu Akbar,

Saya peroleh sepucuk emel dari orang jauh. Sesudah baca emel tersebut,saya buka Al-Qur'an terjemahan kegemaran saya..

SubhnAllah. Ini bukan kebetulan bukan? Emel tersebut berbunyi begini

"SubhanAllah. . waktu-waktu gempa di indonesia :

Di Tasik 15:04 ,

(Surah Al Hijr,surah ke 15,ayat keempat)

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri,melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya"


Di Padang(gempa pertama) 17:16 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat ke 16)

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri,maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu(agar mentaati Allah) tetapi bila mereka melakukan kederhakaan di dalam negeri itu,maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan(hukuman kami) kemudian Kami binasakan sama sekali(negeri itu)"


Di Padang(gempa kedua) 17:58 ,

(Surah Al-Israa',surah ke 17,ayat 58)

"Dan tidak ada suatu negeri pun(yang derhaka penduduknya),melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami siksa(penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab Luh Mahfuz"


Gempa di Jampi (ke esokkannya dr padang) 08:52...

(Surah Al-Anfal,surah ke 8 ayat 52)

"(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka.Mereka mengingkari ayat-ayat Allah,maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh Allah Maha Kuat lagi keras siksaNya"

Sumber: eelyakhadeeja.blogspot.com

waallahu'alam...