dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Friday, April 22, 2011

YANG MENEMANIKU DAN DIRIMU....

Assalamua'alaikum....ahlan wasahlan....
ud'u ilAllah 'alaikum bif 'afiah wassalamah wassa'adah daiman in syaAllah....

Dia....
Yang sentiasa menemaniku dan dirimu....
Yang sentiasa bersamaku dan dirimu....
Yang sentiasa memerhatikan diriku dan dirimu....

Sungguh...
Aku dilanda cinta kepada Dia...
Aku rindukan Dia...
Setiap detik terasa ingin selalu bersamaNya....
Walau kadangkala cintaku diuji....
Walau kadangkala aku menangisi ujian dariNya.....
Namun.....aku masih setia bersamaNya....

Aku menangis....
Dia yang memujukku...
Aku ketawa...
Dia bersamaku...
Aku susah....
Dia sedia membantuku....
Aku kecewa....
Dialah yang memulihkan semangatku....
Kerana Dialah cintaku....

Wahai adikku...
Kita berkongsi Kekasih yang sama....
Kita merindukan Dia yang bersama diriku dan dirimu...
Namun sedikitpun aku tidak akan pernah halang cintaMu...
Kerana itulah matlamat diriku menjalinkan kasih bersamamu adikku...
Semuanya kulakukan kerana Dia...
Dia yang kucintai....DIALAH ALLAH....KEKASIHKU DAN KEKASIHMU....


Nurul Zaimah :)

Tuesday, April 19, 2011

Ukhtiku....Kamu Cantik :)



Ukhtiku, kamu cantik sekali......


Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau pun bentuk tubuh kita. Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali......

Tapi cantik fizikal tak akan pernah abadi. Saat ini para pesolek boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya. Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah menua, rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia, tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mahu mendekat.


Ukhti, kamu cantik sekali....
.

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sepantasnya kecantikan disyukuri dengan cara yang betul. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mempamerkan gambar atau mengikuti bermacam pertandingan untuk membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya.

Tidakkah engkau jengah bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandang berhari-hari? Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa izizn kerana engkau sendiri yang mempamerkannya. Atau rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebahagian dari keimanan.


Ukhti, kamu cantik sekali....

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tak ada yang menjamin wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Ukhti, kamu cantik sekali...

Kecantikan itu harta berharga, bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. Dimana nilainya jika setiap mata begitu berleluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya jika kecantikan telah ditatap sesuka hati, dipandang-pandang?. Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia adalah seorang kafir, musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Ukhti, kamu cantik sekali.....

Alangkah indah jika kecantikan fizikal itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya. Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Ukhti, kamu cantik sekali......

Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu kerana itu lebih bererti dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan mahrammu.
Tampillah cantik di hadapan suamimu, kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.


sumber : Catatan RENUNGAN N KISAH INSPIRATIF

Monday, April 18, 2011

oh Tanah Arab :D

Assalamu'alaikum.....

Allah.....

haish....jelez..jelez..jelez.... =.='

buka blog orang ni, dari MESIR..buka blog orang ni MESIR... buka blog orang ni YAMAN... buka blog orang ni JORDAN...buka fb orang tu MESIR...orang tu MESIR..

MESIR MESIR MESIR!~
YAMAN YAMAN YAMAN!~
JORDAN JORDAN JORDAN!~

apa lagi yang ada kat arab tu??

ketahuilah BAHAWA ANA JELEZ ok! =.="
bila nak bawa ana pi sana wahai KAKAK2 yang belajar kat sana? huhu :D

takpe2...akan ku jejak ke sana! INSYA-ALLAH.. andai diizinkanNya...

kalau tak belajar di sana pun, tapi dapat melawat satu arab tu pun tak apa, juga MAKKAH+MADINAH! :)

MASJIDIL HARAM,MASJID NABAWI, MASJIDIL AQSA! :)

(macam banyak duit :D ) huhu..takpe2 rezeki itu dari Allah kan....yakin3! :)

DULU ada hamba Allah tu kata nak belanja transpot pi sana..bila nak belanja? aha :D


Saturday, April 16, 2011

Tentatif program kepada sahabat2 yang akan ke HiMEGA 11

TEMA: “Nurturing Alim Mujahid”.



Sedikit pencerahan tentang modul yg tertulis di tentatif:

1. Ice breaking, Grouping & Team building:-
Modul ini mungkin aktiviti yang biasa dimana-mana program cuma yang membezakannya ialah falsafah yang ingin diterangkan berkisar seputar ciri 'Alim Mujahid (Pejuang yang berilmu).

2. Slot 1: Pengenalan apa itu Alim Mujahid?
Akan dikongsikan disini oleh seorang pensyarah dari USM tentang pengenalan secara menyeluruh apa itu Alim Mujahid.

3. Slot 2: Konsisten dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan (Jiddiyah & Istiqamah)*
Akan dikongsikan oleh Ketua Eksekutif sebuah Kolej di Kelantan iaitu Kolej Teknologi Darul Naim. Disini elemen-elemen yang penting yang perlu ada oleh seseorang mahasiswa dalam memastikan diri adalah konsisten dan sentiasa bersungguh-sungguh akan dikongsikan.

4. Slot 3: Mahasiswa Mukmin cemerlang*
Akan dikongsikan oleh seorang pensyarah (PHD in Chemistry) dari UTM skudai. Persoalan bagaimana mahu seimbangkan akademik dan ko-korikulum akan dikongsikan.

5. Slot 4: Akademik & Dinamik
Akan dikongsikan oleh seorang pensyarah dari UKM iaitu dr Azizan Ahmad. Seorang figura yang amat hebat .

6. Future job prospect
Di slot ini, mahasiswa-mahasiswa akan berkongsi bersama peserta tentang bidang-bidang kritikal yang sangat di perlukan kini. Modul ini penting kerana masih ramai lagi lepasan SPM yang masih keliru tentang bidang yang mereka patut pilih mengikut minat dan keperluan.

7. Forum Mahasiswa: "Alim Mujahid dan Dunia Campus"
Dalam forum ini, akan dibentangkan bagaimana cara-cara untuk menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa.

* Ceramah satu jam diikuti dengan bengkel (Kajian kes)

Moga Allah rahmati ^_^

Semoga Allah permudahkan perjalanan kita ke sana nanti ya..insyaAllah.. :)

- SUMBER -


Tuesday, April 5, 2011

untukmu kakak ku~

Assalamu'alaikum....

post kali ni..ana nk tujukan pada kakak ana,kak Nurul yang akan mewakili maahadnya dalam Hafazan esok (6/4/11)..insyaAllah..

kak, semoga berjaya! kalah atau menang tinggalkan ia jauh di belakang..jangan kesah tentang itu.. buatlah yang terbaik..

jangan sedih2 ya...adik tak mampu berkata apa kak...andai adik ada di sana adik tak biarkan akk keseorang..maafkan adik... sesungguhnya adik takut dengar keadaan akk...Allah....namun apa yang mampu adik lakukan?? Adik serah akk pada Allah,adik yakin ada hikmah semua ni berlaku... kak,adik tak layak nasihatkan akk...maafkan adik ya..maafkan adik...



"ya Allah..Lindungilah kakak ku dari perbuatan orang yang meyakitkan hati itu..sesungguhnya,sakitnya kakak ku terkena pada ku jua...Allahu Rabbi,tabahkan hatinya setabah Sumayyah r.a. kuatkan imannya ya Allah... kuatkan imannya... Allahuma amin"

Kakak ku sayang,
Maafkan adik andai adik tidak memahami mu,
Namun ketahuilah adik akan ada di samping mu miski kita jauh,
Ketahuilah adik sentiasa menyokong mu walau dikau tidak sedar.
kerana dikau adalah permata yang Allah beri untuk ku.

Kakak ku sayang,
buatlah yang terbaik,
pedulikan mereka yang tinggal kan mu itu,
kerana ketahuilah Allah sentiasa ada untuk bersama mu,
Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihanmu.

kakak ku sayang,
maafkan adikmu ini,
terasa diri tidak membantu mu langsung...Allah..
Namun,jadikan lah setiap kerjamu KERANA ISLAM!

wallahu'alam...


Generasi Harapan..insyaAllah :)

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah..... Ahad (3/4/11) lepas, ana melawat 2 buah rumah...melawat baby baru lahir...Allah....alahai comey nya~ awat comey sangat baby ui? tengok la siapa Penciptanya kan.. tak ada siapa boleh lawan la... :D Allahu Akbar! sucinya mereka...


(gambar hiasan)

ok dengan ini ana mengumumkan bahawa ana ada adik lagi..aha..(suka2 je buat jadi adik) eh tak apa,ummi mereka tak marah (KAN3 ??) ;p

masuk ni ada 4 orang.. hehe.. Ammar,Umar,Ruhi__ dengan Anas..
ala comey nya adik2 ku ini.. :D

Umar dengan Ruhi__ (asif,ana lupa nama panjang dia) adik beradik..aish...comey nya!~

"Hafizah..jangan jelez suda~ " hehe ;p

Umar tu ya Allah..putihnya...aktif pula tu..yang tersentap tu masa datang rumah dia, abi dengan ummi nya kata dia dulu asyik nangis2 je..tp sekarang bila dengar je ayat2 Al-Quran dengan gambar2 pejuang senyap je...Allah... bakal pejuang Allah tu! insyaAllah! tengok la 'adik' siapa kan? :D

bagusnya dia berbanding kita ni..Allah... (T_T)
nama pun Umar kan,bakal penganti idola ana UMAR AL-KHATTAB! insyaAllah!:)
lepas tu bakal penganti 'Abi' ana SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH serta 'abang' ana SALAHUDDIN AL-AYUBI! insyaAllah! :)

ya! Ammar dengan Anas pun sama! bakal penganti UMAR AL-KHATTAB, AL-FATEH dan SALAHUDDIN AL-AYUBBI.. insyaALLAH! :)

Wahai generasi muda,
Kami memerlukan kalian di medan ini,
Kami memerlukan tenaga kalian di medan ini,
Kami memerlukan kalian untuk kebangkitan ummah ini,

KITA GENERASI MASA HADAPAN YANG BAKAL MENGUBAH
DUNIA DENGAN IZIN ALLAH!



Wahai generasi muda,
Majunya ummah hari ini kerana kalian!
Majunya permbangunan ini kerana minda kalian,
Mulianya ISLAM ini BERMULA dari kita yang bakal menyambung perjuangan dahulu DENGAN IZIN ALLAH


  • Pesanan buat dirimu dan diriku..
  • wallahu'alam...