dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, January 14, 2013

Binatang Kesayangan Rasulullah ;)



Assalamualaikum...sahabat-sahabat semua..sihat ke? huhu..Haa..sekarang saya nak kongsikan cerita kisah antara Rasulullah s.a.w dan kucingnya. Sebelum tu, saya nak tanya korang tahu tak sape nama kucing kesanyangan Rasulullah s.a.w?..Namanya Mueeza. Comel kan nama kucing tu..hihi :)


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi mereka yang menyatkiti haiwan manja ini sangatlah berat.

Kucing juga bukan hanya disukai oleh nabi tetapi isteri nabi sendiri turut menyukainya, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkannya.

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan di rumahnya.

saya pun suka kucing jugak, ada semua suka kucing tak? sunnah nabi nie..he3  :)
^^

Penulis ; Arif Rusli