dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, October 31, 2011

~ Jadilah Pencinta Dalam Diam ~


Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu &
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Friday, October 21, 2011

Convocation~ Tahniah :)

Assalamu'alaikum :)
Alhamdulillah dapat bersua setelah sekian lama tak menulis di blog ini... maafkan ana..  :)
syukran pada sahabat2 yang sudi membaca dari blog hamba yang serba kurang ini..Hnya Allah sahaja mampu balasnya.. :)


InsyaAllah..ana nak cakap pasal convocation :)
ramai juga ana dengar convo bulan ni..Alhamdulillah TAHNIAH pada kalian..TAPI ingat! perjuangan bukan henti takat diploma/degree/master/PhD.. tapi perjuangan kita hingga nyawa ini di tarik...

bercakap pasal convo, kita tahu orang2 'besar' kat situ yang akan bagi kita scrol ijazah dan sebagainya kan...ana tujukan ni pada MUSLIMAH khususnya, TOLONG la awak..tolong pakai sarung tangan bila awak tahu awak kena(wajib kot ikut peraturan U) salam dengan sultan dan sebagainya yang lelaki..setinggi mana pun darjat mereka, MEREKA TETAP BUKAN MAHRAM awak...tolong la faham..ana merayu..~~


Thursday, October 20, 2011

Semoga para jemaah haji mendapat haji yang Mabrur :')

 



ALHAMDULILLAH...

syukur... ahad (9/10/2011) hari tu umi dan ayah serta makcik ana telah terbang ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji...

Semoga perjalan mereka sentiasa di rahmati dan dilindungi olehNYA... semoga di permudahkan la segala urusan para jemaah haji di sana :')

umi dan ayah: jangan risau kami adik beradik di sini.. kerana Allah menjaga kami :')
Rindunya~~