dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Saturday, September 17, 2011

Perkongsian yang sedikit..insyaAllah :)

Assalamu'alaikum! :)
Alhamdulillah wa syukur lillah dapat lagi hirup udara FREE yang Allah beri... :)


insyaAllah kali ni ana nak kongsi beberapa ayat yg ana LIKE :D
moga ia memberi manfaat..insyaAllah :)


"Lelaki, jgn terlalu murah engkau dlm berbicara dan jgn terlalu mudah engkau mengucapkan kata2 'I LOVE YOU' atau 'I MISS YOU' kpd seseorang wanita kerana engkau pun tahu wanita itu sangat rapuh hatinya dan mudah goyah imannya. Jika kau ikhlas ingin memiliki mereka, maka datangilah wali mereka dan pinanglah mereka dgn lafaz Bismillah..."
"Bertudung labuh, tak perlu tunggu kamu bersekolah agama. Bertudung labuh, tak perlu tunggu kamu belajar pengajian Islam. Bertudung labuh, tak perlu tunggu kamu jadi ustazah.
Bertudung labuh, kerana yang suruh melabuhkan itu DIA."  
 

Friday, September 9, 2011

Jiwa sunyi apabila Ramadhan pergi~

Assalamu'alaikum....
Alhamdulillah dapat lagi kita bersua..insyaAllah..haaa....sekali dan berkali2 lagi ana telah di tegur sebab tak update blog....huuuu..segannya aih....syukran kerana sudi tegur dan tegur diri ini... (T_T) moga Allah kasih kan kalian yang berkunjung ke blog tak seberapa ni..insyaAllah...

entah la.. lepas Ramadhon ni....terasa yang teramat sangat jiwa ni lain macam je..macam di tinggalkan kekasih...Allahu Akbar... oh Ramadhon! moga kita bertemu kembali tahun depan ye...moga Allah izinkan... rindu yang amat2 sangat nk jemaah ramai2 kat masjid..nak buka ramai2 kat masjid..waaa! bukan tak boleh buat masa bukan bulan ramadhon..tapi kemeriahannya tak terasa macam bulan ramadhon...kalau bukan bulan ramadhon, masjid pun tak penuh... =.=' boleh kira dengan jari rasanya berapa je yang pi.... kalau berbuka, tak ramai pun nk puasa sama2 =.='
rindu nye aihh dirimu wahai RAMADHON~~... (T_T)



pengalaman yang tak boleh lupa

Thursday, September 8, 2011

20 perkara membatalkan Syahadah

Pembatalan syahadah boleh membawa kepada pembatalan akidah. Berikut ialah 20 perkara yang membatalkan Syahadah (Rukun Islam pertama) menurut Syaikh Sa’id Hawa dalam bukunya “Al-Islam” :
1.       Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
Dalil : “Dan hanya kepada Allah kamu bertawakal sekiranya kamu benar-benar beriman” al-Maidah, 23.
Dalil : “Ketika aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan” al-Syuarak, 80
Dalil : “Dialah yg telah menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu”
2.       Insan tidak mengakui segala ni’mat ialah kurniaan Allah
Dalil : “Sekiranya kamu hendak menghitung ni’mat Allah nescaya kamu tidak  terhitung (banyaknya)”  Ibrahim,34.
Dalil : “(Sulaiman) berkata : Ini daripada kelebihan kurnia Tuhanku kepadaku untuk menguji sama ada aku bersyukur atau kufur” al-Nahl, 40
3.       Beramalan kerana sesuatu selain daripada Allah
Dalil :  “Katakan sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Allah Tuhan sekelian alam, tiada syirik bagiNya” al-An’am, 162