dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Tuesday, August 31, 2010

Couple itu...............

Assalamualaikum....
alhamdulilah sedang ana menjenguk blog2 sahabat yang lain ana terpandang satu artikel yang ingin ana kongsikan...
insyaAllah....
antum boleh besarkan andai tak nampak :)
Moga bermanfaat...


Mars 1

Sunday, August 29, 2010

Sabarlah Sahabatku

assalamualaikum..
alhamdulilah dapat jua ana meng'uptade' blog hari ini..
-------------------






sedih...sedih tak terkata bila sahabat yang ana sayangi bersedih...
ya Allah tabahkan lah hatinya...dugaan yang dia lalui tahun ini sungguh tak tertanggung,
namun ana tau Allah sedang mengujinya...

sahabatku...usah enti bersedih,ana ada di belakang.. ana sentiasa ada untuk membantu mu..insyaAllah..

usahlah bersedih kerana ana jua turut sedih..sungguh ana tidak sanggup melihat air matamu jatuh lagi..tabahkan hatimu...buktikan kepada mereka enti akan berjaya satu hari nanti..dan berdoalah akan terbuka jua mata mereka..

sahabatku..
Allah berfirman di dalam Surat Taha "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKU"
Dan di dalam hadis sahih dari Imam Muslim r.a pula ada menyebut bahawa "Barangsiapa yang ingin ALLAH berkata-kata dengannya, maka bacalah al-Quran"

sahabatku,
ana menyayangimu kerana Allah...
ukhuwah fillah abadan abada fi duniawi wa ukhrawi...
insyaAllah...
Tabahkan hatimu menerima ujianNya!



Thursday, August 26, 2010

Masih Adakah Cinta Sepertimu.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Siapa tak kenal,seorang serikandi wanita yang terhebat..wanita pertama yang memeluk agama islam..yang banyak berjuang untuk membuktikan cintanya pada ALLAH SWT.sanggup berkorban apa saja demi membantu suaminya yang tercinta untuk menyampaikan dakwah untuk membina agama islam yang sebenar2nya agama di sisi Allah swt...kehadiran nya disisi Rasulullah saw umpama bulan jatuh keriba...dan hinggalah saat pemergiaannya ditangisi..umpama gelap alam buana...tapi,walaupun dia telah pergi meninggalkan dunia..cintanya,perjuangannya,pengorbanannya sentiasa segar di hati suaminya,Rasulullah saw dan seisi umat islam..namanya sentiasa terpahat dia hati suaminya dan sering dipuji walaupun kelibatnya sudah tiada di dunia sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada para isteri rasulullah saw yang lain..alangkah hebat dan istimewanya dirimu wahai insan mulia..SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID...

Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan di belakang Rasulullah.Beliau banyak membantu dan mengukuhkan tekad, Nabi Muhammad dalam melaksanakan risalah dakwah Islamiah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan suaminya dalam berdakwah.

Rasulullah ketika menceritakan keperibadian Khadijah bersabda, maksudnya: “ Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik daripada dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan… daripadanyalah aku mendapatkan keturunan.”

Siti Khadijah berasal daripada keturunan terhormat serta terkenal sebagai wanita tegas dan cerdas.
Beliau adalah wanita kaya dan terkenal serta mampu hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas suaminya.Hal ini menunjukkan beliau adalah wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan Rasulullah sepanjang kehidupan mereka.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah, Siti Khadijah setia menyertai Baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan Baginda.

Sekiranya Baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga Rasulullah pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah, Siti Khadijah pasti bersama dan membantu Baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Siti Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya jelas berlandaskan keyakinan kuat terhadap keesaan Allah.

Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah. Allah Maha Adil dalam memberi rahmatNya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan.

Firman Allah bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan amalan soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Siti Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah, malah membawa barakah besar kepada rumah tangga mereka.
Anak yang lahir juga adalah soleh. Keturunan zuriat ahlulbait Rasulullah adalah insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah.Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Siti Khadijah, cintamu agung,kesetianmu tiada penghujung, keistimewaanmu tiada bandingan..masih ada lagikah insan sepertimu???
semoga kita(para muslimah),dapat mencontohi Siti Khadijah....


Saturday, August 21, 2010

ZiNa HaTi?



boleh rujuk sumber: http://alfateh.via.my/2009/06/zina-hatiapakah-itu.html


Zina hati ialah satu perkataan yang ntah beberapa tahun yang lalu mula muncul di web2 islamik yang mana banyak menggemparkan kebanyakkan orang. Mestilah, bunyinya pun dah menggerunkan. Tapi, kupasan tentangnya hanyalah separuh2, ataupun tidak dibuat oleh org yg ahli dlm bidang ini (aku juga bukan orang yang ahli) yang hanya sekadar mengikut logik akal saja. Ini membuatkan ramai org yg keliru, ataupun faham separuh jalan saja. Jadi, mule2 sekali, dari manakah terbitnya perkataan tuh?

"Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati yang berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan alat sulit kelamin atau digagalkannya." (HR Bukhari).

Rujukan:Kitab Riyadhus Solihin dalam Bab larangan melihat Wanita.

Dari situlah sebenarnya terbitnya perkataan 'ZIna Hati'. Memandangkan ini perkara ini adalah soalan yang biasa dikupas, lalu aku bukanlah mahu menghuraikannya lebih lanjut memandangkan aku bukanlah orang yang layak. Namun, apa yang penting soalan2 ataupun kemusykilan yang selalu berlegar2 di fikiran.

Sebelum itu, semua org pasti sudah maklum dengan perkara berkaitan hati. Apabila disebut hati, maka tak boleh lari dari ilmu 'Tasawwuf'. Jadi, jelas ianya bukanlah sesuatu yang boleh diterangkan oleh org2 sebarangan. Jadi, untuk meyakinkan anda semua, aku akan menulis berdasarkan ilmu tasawwuf yg telah ku pelajari setakat ini.

Berikut adalah soalan2 famous yang telah menerjahku sejak zina hati semakin berleluasa kebelakangan ini..

Kemusykilan pertama: "apakah maksud detail zina hati?"

al-jawab: Jika dilihat di atas, zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu: berhasrat,berharap,membanyangi. Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.

Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur'an:

"janganlah kamu mendekati zina" (al-isra':32)

Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah "mendekati". Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah "perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan". Harap maklum.

Kemusykilan kedua: "adakah apabila kita minat seseorang, lalu hati kita asik teringat padanya, itu termasuk zina hati?"

al-jawab: Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah.

Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?

al-jawab:, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara'nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.

PERINGATAN: Baca penulisan ini sehingga habis kerana soal perasaan ini akan di detailkan lagi..


Kemusykilan ketiga: "abehtu, apakah yang termasuk dalam zina hati?"

al-jawab:Perasaan minat juga BOLEH termasuk dalam zina hati.

Aikk? camne lak tuh? tadi cakap tak...

ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.

(rujukan: Minhajul 'Abidin karya Imam Ghazali dan Hikam ibnu 'Atoillah)

KESIMPULAN

Sesuatu yang kita wajar jaga semestinya kita perlu jaga. Begitu juga perkara2 yang dikatakan halal dalam islam tapi boleh mendatangkan kepada haram. Sekiranya kita mampu dan berdaya untuk menjauhkan daripadanya, jauhkanlah dan jagalah dirimu.

Seperti juga kemusykilan kedua tadi. Perasaan minat tidak boleh dilawan kerana ianya akan meletup dan memudharatkan diri serta orang lain. Tapi, sebaiknya DIKAWAL!!

Contoh terbaik ialah bagaimana Imam Syafie'. Ketika dia mengadu kenapa pada hari itu dia susah untuk mengingati hafalannya. Apabila disuruh mengingati dosanya, lalu teringat dia tatkala dalam perjalanan, dia TERnampak betis seorang wanita yng kainnya ditiup angin. Seperti kita maklum, pandangan pertama itu bukanlah haram, tapi walaupun halal, tetapi ianya tetap mendatangkan kesan kepada hatinya.

Namun, bagi mereka yang sudahpun dilanda oleh perkara2 seperti ini dan tidak dapat lagi menjauhkan diri, lalu disarankan janganlah terus sahaja melawan perasaan dengan alasan tadi. Sesungguhnya, apa halal itu tetap halal sekiranya kita dapat KAWAL. Tiada salahnya memendam perasaan pada seseorang. Tetapi janganlah sehingga berlaku kesan pada diri sendiri dan manusia skeliling yg tidak elok.

TAPI, PERASAAN ITU TIDAK SALAH.. YANG SALAHNYA IALAH PERBUATAN YANG LAHIR DARIPADA PERASAAN ITU..

Sekian dariku yang terAMAT..AMAT..AMAT.. dhaif.."



Dipetik dari blog Ukhti NurHuda