dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, March 21, 2011

>> UkhuWaH

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah bersua lagi di ceroten kali ni.. :D



UKHUWAH... itulah ana nk cerita... :)
Alhamdulillah ana di kurniakan sahabat2 yang hebat semuanya...syukur tak terhingga kepada Kekasihku Allah S.W.T. kerana mengurniakan sahabat2 sebegitu...

teringat kata-kata penuh hikmah dari kak Nurul ku yang duduk di pahang.
"Bila kita kerjakan sesuatu kerana ALLAH kan,kita rasa kemanisan melakukan sesuatu,bila kita berkasih sayang kerana ALLAH, kita akan rasa indahnya ukhuwah,terbit rasa sayang pada sahabat kita, timbul rasa nak melindungi saudara kita.. selalu nak menjaga diri sahabat kita dari dosa. itulah indahnya ukhuwah kerana ALLAH."

Allah....kak,sesungguhnya adik tersentuh dengan ayat2mu.. (T_T)

Alhamdulillah..ana kenal kak Nurul pun dari blog ni... masuk bulan ni dah 3 bulan..baru lagi kan? Namun macam dah 10tahun..huhu..

pernah kak Nurul tanya baru2 ni, katanya "adik tak takut ke akak jahat?" kerana kami tak pernah jumpa lagi...masa baca msg tu kat hp,ana terkedu sekejap..Namun tiba2 terdetik di hati,ana cakap "tak...adik serah akak pada ALLAH" ana pun tak tahu macam mana "ia" datang..namun itulah lintasan pertama yang terdetik masa msg tu masuk..

TAPI ana tahu dan yakin ia dari ALLAH. ana tak pernah cakap macam tu pada sesiapa.. Namun hari tu rasa nak nangis je..huhu... Allah... ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA kan? :)

ana di kurniakan sahabat bermacam ragam dan perangai. banyak belajar dari mereka. sahabat yang di gelar junior sendiri pun ada..huhu...Ukhuwah tak mengenal usia kan? :)

sahabat ana, hafizah pun banyak membantu membetulkan apa yang salah..ha! yang ni lain sikit.. agak selalu kena buli.. :D walaupun kami bukan sekolah agama tapi kalau tengok perangai sahabat ana sorang ni dah macam budak sekolah agama dah..belajar dari siapa la kan.. petah bercakap.. BUKAN PENDIAM orangnya... "hafizah..nampak tak muka akak xD " hehe..

kami digelar 'adik beradik' di luar...muka kami sama??entah la.. macam tak je.... dah macam lebih 100 orang je cakap macam tu...

"hafizah kita layan je" :D

juga sahabat ana yang lain yang ana kenal di alam maya pada mulanya dan seterusnya kami kukuhkan dengan ta'aruf..alhamdulillah gembira dapat jumpa Hayati,Zarina,Hidayah dan Atiqah.. sayang antunna kerana Allah! :)

tak lupa juga ukhuwah yang dibina dari zaman persekolahan.. zaman itu banyak yang ana pelajari.. zaman tarbiah ana bermula di rumah tapi lebih kepada di sekolah... di situlah ana temui kekuatan yang di bina sedikit demi sedikit.. Namun hingga sekarang masih memerlukan bimbingan,itulah manusia kan? bagi ana,ana amat memerlukan teguran untuk membaiki diri ana yang masih jahil.. ana memerlukan sahabat2 yang di bina atas dasar cinta kerana Allah untuk betulkan apa yang tidak betul dengan ana.. kerana apa? kerana andai benar kita bina ukhuwah kerana Allah PASTI kita akan cari jalan kan untuk tegur sahabat kita yang buat salah? walau dengan apa jua jalan..untuk ana,ana suka tegur secara bertapis2.. ia terpulang pada individu.. tengok pada situasi :)

bagi ana,semua sahabat ana ada HAK untuk menegur.. kerana apa? kerana dengan teguran la kita tahu kelemahan diri kita..jadi TOLONG la berlapang dada untuk menerima teguran miskipun teguran itu agak membuatkan kita rasa 'sakit' di hati. andai kita rasa 'sakit' dengan dengan teguran tu diam kan diri sebentar...muhasabah balik apa yang di perkatakan.. kadang2 kita rasa benda yang hamba Allah tu cakap tak betul..tapi bila kita ambil masa untuk berfikir kita akan jumpa apa yang kita cari.... minta pertolongan dari Allah.. Allah akan membentangkan di hadapan mata kita apa yang telah kita kerjakan..insyaAllah... ana bercakap dari pengalaman yang sedikit ini...insyaAllah..

Sayangi lah ukhuwah yang terjalin..kukuhkan ia dengan rasa cinta kepada sahabat KERANA ALLAH dan insyaAllah ia akan sampai ke syurga..mana tahu kan kot2 di alam sana nanti kita berjumpa balik dengan sahabat kita dan ketika itu kita amat menghampiri neraka tiba2 sahabat kita datang dan cakap "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sahabat ku menyayangi ku kerana Mu Ya Allah, bantulah dia" Wallahu'alam kan...kita bina di dunia insyaAllah ganjarannya di akhirat kelak.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. kita perlu BERSANGKA BAIK..

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sekuat-kuat ikatan iman adalah persaudaraan kerana Allah,cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah”[HR Tirmizi]

Barangsiapa yang melangkah untuk memikirkan keperluan saudaranya dan menyampaikan sesuatu yang bermanfaat baginya (membawa kebaikan) maka perbuatannya akan lebih bagus daripada I’tikaf sepuluh tahun”[HR Baihaqi dari Anas r.a]

Tidaklah (sempurna) iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya itu seperti ia mencintai dirinya sendiri” [HR Bukhari &muslim]

Dari Umar Al Khattab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi,tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para nabi dan para syuhada merasa iri atas kedudukan mereka disisi Allah. Mereka berkata “Hai Rasulullah, tolong beritahu kami siapakah mereka itu?, baginda menjawab, “mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah, bukan atas dasar hubungan Rahim diantara mereka (pertalian darah) dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah..sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan tidak mereka merasa khuatir ketika orang lain merasakan kekhuatiran

(wallahu'alam..)

AYUH SAHABAT! AYUH KITA BINA UKHUWAH KERANA ALLAH! SAYANGI SAUDARA SEAKIDAH KITA!


No comments:

Post a Comment