dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, January 2, 2011

wahai muslimin muslimat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kita masih di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah ini...

ana ingin berkongsi sedikit Ilmu yang ana dapat dari seorang Ustaz semasa forum di masjid hari jumaat(31/12/2010). forum itu sebenarnya berkisar tentang tahun baru. namun di selit2kan tentang pendakwah..

ana tertarik dengan ucapan seorang ustaz(asif ana tak berapa pasti namanya) tentang pendakwah..
"gelaran pendakwah itu sering di beri kepada ustaz dan ustazah..namun sebenarnya dakwah itu perlu di laksanakan oleh semua umat Islam.. kita kena bersedia untuk berdakwah pada sesiapa sahaja.. andai benar ada manusia di planet2 lain selain bumi maka kita perlu bersedia untuk terbang ke sana untuk berdakwah..kerana apa? kerana mereka juga umat Rasulullah s.a.w.. setelah Rasulullah wafat,kita (umat Islam) lah yang perlu gerakkan misi dakwah ini..buka hanya ustaz dan ustazah je..maka bersedialah!" lebih kurang begitulah ustaz itu menyebut..

maka sahabatku, dakwah ini perlu di laksanakan oleh semua umat Islam. jangan hanya berharap ustaz dan ustazah sahaja.. dan juga jangan terlalu berharap pada pelajar2 sekolah menengah agama atau muslimah2 yang bertudung labuh atau muslimin yang berkopiah/berjubah/berserban..
Ia tanggungjawab kita semua.!


-----------------------------------------

satu lagi yang ana ingin kongsi tentang kematian.. ustaz yang sama juga..
katanya "malaikat Izrail 'menziarahi' kita sebanyak 70 kali sehari(wallahu'alam). namun kita tidak sedar..maka apakah yang telah kita lakukan sepanjang hari? kematian begitu hampir dengan kita..maka muslimin muslimat bersedialah" lebih kurang begitulah ucapan nya..

Allah...terasa diri ini begitu hampir dengan kematian..
Makin bertambah tahun makin berkurang lah umur kita..maka makin dekatlah kematian kita.. dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin lelaki dan perempuan dan akhirat adalah syurga bagi mereka..
namun bagi masyarakat barat mereka merasakan makin bertambah tahun makin bertambah umur mereka..mereka merasakan dunia ini syurga bagi mereka..

(T_T) muhasabah la diri kita..

________________________________________

“ Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan jalan yang sesat…” Surah Al-Baqarah ayat 256.


Satu hari, Imam Hassan Al-Banna menangis. Orang di sekelilingnya bertanya:

“ Sheikh, kenapa kau menangis?” Dia menjawab: Aku teringatkan orang-orang red indian di pendalaman. Aku risau mereka akan dipersoalkan di hadapan ALLAH akan sebab mereka tidak mendapat hidayah, dan mereka akan menjawab: Hassan Al-Banna tidak berusaha datang kepada kami menyampaikan kalimahMu

(T_T)

wallahu'alam..

  • Mencari Redhatullah

No comments:

Post a Comment