dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Saturday, January 1, 2011

wahai Mujahid..

Dikala rancaknya manusia bercakap soal perkara besar yang mungkin berlaku pada tahun 2012 ini, terlintas di sanubari kita bahawasanya ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM sudah hampir!!! Dijangkakan oleh ramai ulama bahawa akan berlaku peristiwa besar dalam sejarah dunia pada tahun 2012 nanti.. Saya sudah pun melihat pelbagai perubahan suasana yang berlaku mendadak dan permulaan kebangkitan Islam sudah seakan-akan mempamerkan fajarnya, semakin meninggi cerah tanpa dapat dihalang oleh sebarang apa pun halangan.


Bagi mendukung tugas besar membangkitkan Islam di akhir zaman ini, sudah pastinya ALLAH Azza wa Jalla akan memilih hambaNYA yang benar-benar mantap untuk diangkat ke maqam para Mujahid dan bukan semua manusia mampu sampai ke maqam ini. Di antara para mujahid yang sedang membantu agama ALLAH itu pula, ALLAH memilih di kalangan mereka orang yang lebih hebat iaitulah orang yang berjaya menjadi TENTERA ALLAH, bukan semua yang membantu agama itu menjadi tentera ALLAH, kerana ada di kalangan mereka yang menjadi tentera (ataupun hamba) kepada nafsu, harta, kedudukan, kamasyhuran, pujian, wanita dan keduniaan. Hanyasanya, mujahid yang sampai ke maqam TENTERA ALLAH ini sahaja lah yang mampu menggentarkan hati Yahudi laknatullah yang maha penakut itu.


Sidang pembaca yang dikasihi ALLAH, tentera-tentera Dajjal sama sekali tidak gentar dengan kekuatan yang ada pada kita, tidak gentar pada semangat jihad kita, tidak gentar pada demonstrasi kita, tidak gentar dengan perjuangan jihad kita MELAINKAN jika kita ini ialah TENTERA ALLAH!

Bagaimanakah TENTERA ALLAH?

Pada era kegemilangan Islam di zaman Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Umar Al-Khattab bersama 10 000 tentera Islam menuju ke Baitul Maqdis, Palestin bagi membuka bumi anbiya yang diberkati ALLAH itu. Ketika itu Baitul Maqdis dikuasai oleh orang Kristian, dan mereka mempunyai bilangan tentera yang begitu ramai, 200 000 orang tentera berserta dilengkapi dengan kelengkapan perang yang jitu, amat tidak setanding dengan kekuatan perang yang dimiliki oleh tentera Islam.

Apabila mengetahui tentera Islam dalam perjalanan ke Baitul Maqdis, para kafir harbi laknatullah itu mengadakan perbincangan apa yang harus mereka lakukan. Pada asalnya, mereka ingin berperang dengan tentera Islam kerana menyangka bahwa mereka mampu menang dengan kekuatan fizikal yang ada serta jumlah tentera mereka yang ramai, namun ditegah oleh paderi mereka. Paderi itu mengingati mereka bahawa seandainya mereka itu bukan tentera ALLAH, maka mereka boleh berperang tetapi seandainya tentera Islam yang datang itu tentera ALLAH, maka jangan sesekali berperang kerana sungguh Tentera ALLAH itu akan dibantu oleh ALLAH dan akhirnya Tentera ALLAH itu akan menang meskipun jumlah sedikit dan sederhana peralatan perangnya.

Untuk menguji samada tentera yang sedang mara itu tentera ALLAH atau tidak, para kafir harbi menabur wang emas di jalan yang akan dilalui oleh Tentera Islam. Setelah tentera Islam melalui jalan itu, mereka pergi ke lokasi itu dan terkejut melihat wang emas itu masih ada, Tentera Islam tidak mengutipnya walaupun sekeping! Bertapa mereka ini tidak berjaya dirosakkan dengan harta.. Tidak berjaya dipesongkan hati dengan harta

Setelah itu, mereka mengumpul gadis-gadis tercantik dan terseksi. Kemudian gadis-gadis itu diletakkan di jalan yang akan dilalui Tentera Islam untuk menggoda tentera Islam. Akhirnya, gadis-gadis itu pulang dengan menanggung rasa malu yang amat. Mereka sedikitpun tidak disentuh oleh tentera Islam, bahkan tidak dilihat sedikit pun!!!

Setelah itu, para musuh ALLAH mengatakan bahawa tentera yang dibawa oleh Saidina Umar ini bukanlah manusia yang lemah seperti mereka, namun adalah malaikat yang gagah dan kebal!!! Lantas, sesudah tentera Islam sampai ke Baitul Maqdis, terus mereka diserahkan kunci Baitul Maqdis..

Sidang pembaca yang dirahmati ALLAH!
Seandainya para pendakwah dan para pejuang Islam bersifat seperti sifat TENTERA ALLAH, insyaALLAH sudah lama Islam tertegak. Namun, mengapa perlunya kita menjadi rakus ketika disogokkan dengan harta benda? Mengapa kita perlu sanggup menyakiti orang lain serta menjatuhkan nama baiknya ketika ditawarkan dengan pangkat dan jawatan? Mengapa kita sanggup terleka dalam solat sesudah terlihat perempuan melintas? Jika beginilah sikap anda yang ingin memperjuangkan Islam, jangan mimpi Islam akan tertegak dengan lidah dan tangan kalian. Sebaliknya, jika benar anda lebih mencintai ALLAH, RASUL dan JIHAD melebihi segalanya, maka berusahalah sedaya upaya untuk sampai ke maqam TENTERA ALLAH. Mudah-mudahan kita dapat bertemu suatu hari nanti di medan jihad dan seterusnya sampai ke dalam syurga kelak. Doa anda untuk saya yang lemah ini amatlah saya harapkan.


Wallahu'alam

sumber: Hamba Allah

No comments:

Post a Comment