dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, August 1, 2011

ISABELLA= Pembentangan & Perbandingan antara ISLAM dan KRISTIAN.


Assalamu'alaikum~

Alhamdulillah syukur...kita masih di beri peluang bernafas di bumi Allah ini...

satu perkongsian yang ingin ana kongsikan dengan sahabat dan sahabiah sekalian tentang satu buku yang telah BERJAYA menawan hati ana.. :)
dan ana mengharapkan buku ini juga akan BERJAYA menawan hati antum...insyaAllah :D

ana dapat buku ini di PC fair kat kuis..percaya tak? huhu...walaupun namanya PC fair tapi ada sahabiah Kuis yang ambil kesempatan itu untuk me
njual buku2 Ilmiah..Alhamdulillah :)


Tujuan ana masuk PC Fair tu sebenarnya nak cari stiker tulisan arabic..tapi tak dop!~ aish...sobar jela...akhirnya kena mintak tolong senior belikan kat luar...masa mula2 ana pergi dekat booth ilmiah tu, buku pertama yang kakak tu suggest adalah buku hebat ini.. mulanya hati ni berkira2 nak beli..tak tahu la kenapa..dalam fikiran asyik fikir JIMAT JIMAT JIMAT sebab ana malu dah nak minta duit kat umi wa abi....tap masa tu ada TERmasuk sikit kot bisikan syaiton yang tak bagi ana beli.. bila ana keluar dari booth ilmiah tu ana pergi tempat lain..tapi tiba2 hati ini tarik balik ana pada buku tu..tak tahu la kenapa.. mungkin itu dari Allah..wallahu'alam... last2 ana ajak sahibah ana pergi semula dekat booth ilmiah tu dan belinya...


tahu tak apa nama buku tu?~
ha! ni la dia....

INI ADALAH KISAH BENAR.. insyaAllah...

tajuknya: ISABELLA =
PEMBENTANGAN & PERBANDINGAN ANTARA ISLAM DAN KRISTIAN
oleh:
MAULANA MUHAMMAD SAEED DELVI

jika antum mengharapkan ada kisah cinta kepada manusia dalam buku ini, maaf tak dapat ana tolong...TAPI kalau antum mahukan kisah cinta kepada Allah dan kebesaran Al-Quran maka insyaAllah inilah salah satu bukunya... :)

Buku ni boleh di habiskan dalam masa sehari je sebenarnya..tapi atas sebab exam maka ana telah mengambil masa yg agak pecah rekod yakni seminggu.. :D

Sedikit perkongsian tentang buku ini:

SIAPA ISABELLA??

Nama Isabella mungkin tak segah sarjana Islam yang lain. mungkin ramai yang tak kenal, termasuklah ana. Isabella, seorang gadis kristian, seorang anak perempuan kepada seorang ketua paderi terkenal di Cordova, bandar indah yang penuh sejarah di Sepanyol. Di besarkan dengan ajaran agama Kristian dan menjadi penganut kristian yang kuat. kisahnya mula ketika Isabella sedang duduk di sebuah Taman dan terdengar perbualan dua syabab(pemuda) Islam iaitu Umar Lahmi dan Muaz mengenai kristian.

Hujah2 yang di perkatakan kedua syabab tersebut memb
uatkan Isabella menjadi tidak senang dan dia pulang bertemu institusi gereja. Apabila Isabella memberitahu pihak gereja, mereka semua bersetuju adakan perdebatan bersama Umar Lahmi mengenai agama kristian. Ketika debat bermula, Umar Lahmi membaca beberapa ayat quran dari Surah AL FURQAN. Wajah Isabella tiba-tiba berubah, kulit mukanya yang putih bersih menjadi merah seperti bunga raya kembang pagi.

Bacaan Umar terhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuh tidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang berpejam itu membuka matanya, dilihat sahabat Isabella sedang menolong mengangkat Isabella duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar. ketika debat berlangsung, hujah2 yang di beri paderi itu tentang agama kristian berjaya di sangkal oleh Umar Lahmi dengan berpandukan kitab suci Al-Quran seba
gai panduannya.

NAK TAHU SAMBUNGANNYA?
NAK TAHU BAGAIMANA ISABELLA BERDEPAN DENGAN AYAHNYA(ketua paderi)?
NAK TAHU BAGAIMANA ISABELLA HADAPI SEKSAAN ORANG2 KRISTIAN?

sangat menarik strategi sahabiah Isabella ketika mereka nak menyelamatkan Isabella daripada seksaan inskuisisi (ni bagi orang yang keluar dari agama kristian.mereka akan di serahkan kepada pihak inskuisisi untuk jalani hukuman)
sila lah baca ye!~ hehe :D
kalau ana cerita lebih nanti antum tak nak baca..~




No comments:

Post a Comment