dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, January 10, 2011

Muslimahku, Ayuh 'hide' kan gambar!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..kita masih di beri peluang untuk berada di bumi Allah ini..maka teruskan perjuangan..

ana ingin menulis tentang gambar.. Khas untuk muslimah.. ana bukan lah orang yang layak untuk tulis mengenainya..namun ana ingin meluahkan Pendapat & Pandangan ana..

muslimahku, gambar kita yang kita letak2 di facebook,myspace,blogger dan website lain2, sebenarnya umpama aurat kita. Bila kita meletakkan gambar kita, kita membuka pintu fitnah sebenarnya. bukankah fitnah terbesar di akhir zaman adalah fitnah wanita?? pasti antum pernah dengar kan?

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

ana tidak nafikan,ana jua pernah meletakkan gambar di website2 ana. Alhamdulillah Allah membuka mata ana untuk mengatahui banyaknya keburukan meletakkan gambar berbanding kebaikkannya..

antara keburukkannya:

- menimbulkan fitnah
- gambar juga boleh menjadi sebab berlakunya sihir pada diri andai ada yang tidak suka atau cemburu atau geram pada diri antum
- melalaikan lelaki
- orang yang tidak di kenali / di kenali boleh mengambil gambar kita sesuka hati
- orang yang tidak di kenali / di kenali boleh mengedit2 gambar kita sesuka hati
- gambar boleh tersebar kepada orang yang salah
-
Mungkin terbitnya rasa riya' dan bangga pada empunya gambar kerana selalunya hanya gambar yang cantik dan "menjadi" sahaja akan dipamerkan.
- boleh jadi gambar kita "terpilih" untuk penyamaran pihak2 tidak bertanggungjawab
- lelaki boleh ' tak senang duduk ' melihat gambar antum.

kalau nak senarai banyak lagi ni..

muslimahku, kasihanilah rijal(lelaki) di luar sana.. mereka boleh mendapat dosa kerana sekeping gambar kita..apetah lagi berjuta2 gambar.. kita juga turut mendapat dosa...

ayuh muhasabah diri! buang gambar2 kita di website2.. tak salah nak tangkap gambar banyak2 tapi tak perlu lah upload di website2 ye.. ^^

Firman Allah:
''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
(An Nur : 31.)


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina.

wallahu'alam...



Insan yang Lemah:
Mencari Redhatullah

No comments:

Post a Comment