dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, February 14, 2010

Erti kawan,sahabat dan teman



Kawan, sahabat dan teman secara amnya membawa maksud yang sama. Tetapi sekiranya kita melihat secara mendalam, ianya mempunyai maksud tersirat yang berlainan. Betul ke ??

Kawan
Semua orang mempunyai kawan termasuk ana sendiri. Setiap orang kita kenali, yang kita dampingi adalah kawan. Sama ada disekolah, pejabat atau dimana sahaja, mereka adalah kawan. Sekiranya kawan itu sentiasa bersama kita dan sanggup menolong kita dikala susah, tahniah kerana anda telah mempunyai seorang sahabat.

Sahabat
Maksud sahabat sama seperti kawan akan tetapi mempunyai makna yang lebih mendalam. Seorang sahabat sentiasa bersama kita sama ada kita senang mahupun susah. Mereka akan menolong kita sekiranya kita dilanda kesusahan. Jika orang yang kita panggil sahabat hanya bersama kita dikala senang dan meninggalkan kita ketika susah, maka orang itu bukanlah seorang sahabat. Ia hanyalah dikategori sebagai kawan atau ikut suka kamulah.

Teman
Teman juga mempunyai maksud yang sama seperti kawan atau sahabat tetapi ianya juga mempunyai makna yang lebih dalam dari sahabat. Teman juga sama seperti sahabat tetapi dia sanggup bersama kamu selamanya. Dia akan menemani kamu dikala kamu susah dan kesepian. Menghiburkan hati dan membawa kegembiraan didalam hidup kamu.

So itulah definisi kawan, sahabat dan teman mengikut pandangan dan ilmu yang ana pelajari. Semua ini telah ana pelajari sepanjang 17 tahun ana hidup di bumi tuhan ini. Telah berbagai jenis manusia ana jumpa. Bermacam ragam yang kulihat.

Begitulah realiti kehidupan. ana ada ramai kawan, 2 ,3 orang sahabat namun masih belum mempunyai teman. ana masih meneruskan perjalanan hidup untuk mencari teman. ana doakan semoga kalian semua sudah menemui teman hidup masing masing. Dan apabila sudah kamu ketemu, jagalah mereka baik baik seperti kalian menjaga diri dan hati kalian sendiri.

^^hope kwn2 kamu sume akn berkekalan smpai bila2^^


No comments:

Post a Comment