12 Rabiulawal atau 14 februari?
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 rabiulAwal itu sendiri.
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia sekali disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling
berpengaruh di zaman pemer