Pembatalan syahadah boleh membawa kepada pembatalan akidah. Berikut ialah 20 perkara yang membatalkan Syahadah (Rukun Islam pertama) menurut Syaikh Sa’id Hawa dalam bukunya “Al-Islam” :
1. Bertawakal dan bergantung kepada selain daripada Allah SWT
Dalil : “Dan hanya kepada Allah kamu bertawakal sekiranya kamu benar-benar beriman” al-Maidah, 23.
Dalil : “Ketika aku sakit maka Dialah yang menyembuhkan” al-Syuarak, 80
Dalil : “Dialah yg telah menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu”
2. Insan tidak mengakui segala ni’mat ialah kurniaan Allah
Dalil : “Sekiranya kamu hendak menghitung ni’mat Allah nescaya kamu tidak terhitung (banyaknya)” Ibrahim,34.
Dalil : “(Sulaiman) berkata : Ini daripada kelebihan kurnia Tuhanku kepadaku untuk menguji sama ada aku bersyukur atau kufur” al-Nahl, 40
3. Beramalan kerana sesuatu selain daripada Allah
Dalil : “Katakan sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku semata-mata kerana Allah Tuhan sekelian alam, tiada syirik bagiNya” al-An’am, 162