dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Saturday, September 25, 2010


Ya Allah!
Kami merindui Syahid di JalanMu,
Himpunkan lah kami semua bersama Rasulullah dan Sahabat baginda,
Himpunkan kami bersama Para Syuhada' jua kelak..

Ya Allahu Ya Ghafur
Ampunkan lah dosa-dosa kami,
Ampunkan dosa-dosa ibu bapa kami,
Ampunkan dosa-dosa saudara-saudara seislam kami
Ampunkan dosa-dosa Umat Islam di akhir zaman ini.

Ya Allahu Ya Salam
Selamatkan lah Saudara-Saudara kami Di Palestin,
Selamatkan lah Suadara-Saudara kami di seluruh dunia yang berperang kerana ingin menegakkan kembali Islam..
Selamatkan Mereka dari kekejaman Israel laknatullah,
BEBASKAN KEMBALI MASJIDIL AQSA KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM.


Ya Allahu Ya 'Alim
Engkau mengetahui segala isi hati kami,
Engkau mengetahui segala yang di langit dan di bumi,
Engkau mengetahui segala kekejaman Israel terlaknat serta sekutu-sekutunya terhadap saudara seislam kami..

Ya Allah....
Kabulkan lah doa-doa kami..
hanya kepada MU kami meminta pertolongan,
Hancurkan Israel serta sekutunya!

Amin..




Khalifah Saidina Umar al-Khattab.



Sifat Peribadi Umar al-Khattab

Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : “Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?” Jawab Umar al-Khattab : “Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya”
Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : “Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya”. Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : “Benarkah mereka berkata demikian ?” “Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?”
Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : “Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !” Umar menjawab : “Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? ” Jawab lelaki itu : “Tidak” Kata Umar lagi : “Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku”

Keislaman Saidina Umar


Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun. Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat. Rasulullah SAW pernah berdoa ; “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam” Hadtih riwayat At-Thabarani
Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : “Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab”

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : “Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : “Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar”


Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil.
Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.

Keberanian Umar


Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan, berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara rahsia. Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman.

Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa’bah.

Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka’abah menyaksikan kehadiran Umar. Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya. Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan solat. Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar: “Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.” Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.” Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di dalam hati mereka.

Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar berlawan senjata. Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah SWT. Dalam keadaan puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata. Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki oleh puak-puak Quraisy.


Hadith tentang Umar

1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)

Umar Sebagai Orang Yang Pertama

1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijrah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)


Tuesday, September 7, 2010

ucapan untuk semua blogger dan sahabat2 semua :)

http://resumeweassist.com/blog/wp-content/uploads/2009/09/selamat-hari-raya-4.jpg

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..dapat jua ana tulis hari ini...

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya. tidak terkata sedihnya hati ini. khuatir jika tidak berjumpa lagi tahun hadapan. Ya Allah,Moga ana dan sahabat-sahabat dapat bertemu lagi Ramadhan akan datang. amin...

semalan ana datang masjid berhampiran rumah ana,sedih rasanya kerana semakin berkurang. Mungkin ramainya balik ke kampung. Moga masjid di kampung antum tetap meriah.

kira-kira mesti sudah ramai yang dah post kad raya+sms+comment..
Iya! Aidilfitri bakal menjelma itulah kemenangan bagi umat Islam.
Alhamdulillah Ramadhan tahun ini ana merasakan kelainan dari tahun sebelum-sebelumnya.
Alhamdulillah..moga antum jua merasakan.

Apa-apa pun ana mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Semua sahabat-sahabat terutama kepada Followers,pengunjung yang datang dan sahabat-sahabat perjuangan :)

Moga kita terus istiqomah dalam melakukan ibadah. jangan tinggalkan masjid ya... :)
jangan lupa lazimi Qiammullail. Moga Redha Allah mengiringi kita semua. InsyaAllah (*_^)






Saturday, September 4, 2010

ukhuwah fillah sahabatku :)



Assalamualaikum..:)
Ya Allah..syukran ya kerana mengurniakan ana sahabat..
Moga titik persahabatan ini tidak berhenti setakat ini..

sahabatku,
mengenalimu mengajarku erti persahabatan sebenar,
mengenalimu membuat hatiku gembira,
mengenalimu membuat diriku tidak sanggup berpisah denganmu,
mengenalimu membuatku semakin matang dalam menempuh dugaan hidup.
Moga persahabatan ini di Redhai Nya.


Ukhuwah Fillah abadan abada! :)