dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Wednesday, December 15, 2010

kita adalah pendakwah muda :)

Salam perjuangan wahai sahabiahku :)

di sini ana ingin berkongsi tentang 'pendakwah muda'

Kita adalah 'pendakwah muda'..
kita masih muda dan baru nak mengenali seperti apa dunia ini...
Alhamdulillah, dengan hasil penelitian Nya, kita dipilih olehNya untuk tersentuh dengan tarbiyah ini..
Dan kita pun mula melakukan perubahan diri..
Dari 'pakaian yang vogue atau stylo' kita sudah mengenali 'kriteria berfesyen' seperti yang tercatat dalam surah an-nur,
Kalau dulu ipod yang menemani di waktu stress, tetapi kini al-Qur'an yang mententeramkan hati tatkala diri diuji..
Dari 'banyak ketawa' kepada 'banyak menangis' lantaran rasa takut dan rindu untuk bertemu dengan Dia...

Bukan itu sahaja...

Masih ingatkah sewaktu kita di sapa satu perasaan aneh..
satu perasaan bimbang...
perasaan yang membuatkan 'kita' tidak dapat tidur dengan lena..
Bimbang tentang umat ini...

Umat ini... yang sudah pincang akhlaknya..sudah hilang arah tujuannya..
Hidup bagaikan binatang, yang hanya hidup sekadar memuaskan nafsunya sahaja...
di serang dari pelbagai sudut, sehingga tidak lagi bertuhankan 'Allah'

Perasaan bimbang ini melahirkan rasa kasihan dan simpati
Melihat 'mat rempit'& 'bohsia' di jalanan membuatkan kita ingin mendekati 'mereka'
'mengejutkan' mereka dari tidur yang panjang dan mengasyikkan...

hijrah itu INDAH bila keranaNya.


Tetapi sungguh..
Dalam perjalanan yang jauh dan memenatkan ini..
Kadang rasa bimbang itu makin luntur dari kita
membuatkan kita makin kurang bekerja dan kadang-kadang ada sesuatu ketika hati kita dipenuhi dengan 'dunia'.. Astaghfirullah...
Runsinglah atas kehilangan kebimbangan terhadap umat ini...
Runsinglah di saat hati mu makin cenderung kepada dunia dan seisinya...
Runsinglah jika kita adalah pendakwah yang disibukkan dengan dunia melebihi dari mengingati Allah & berdakwah...

Astaghfirullah...

Jangan dilenturkan semangat MUDAmu... Kerana kita adalah pendakwah MUDA..

Muda itu mengandungi satu semangat yang kuat...

Orang MUDA tidak boleh hilang semangat, orang TUA jangan kehilangan hikmah!


''Selonggok manusia dalam kesesatan, siapa yang mengaku mahu bertanggungjawab? Jika tidak ada yang mahu bertanggungjawab...biarlah saya yang menanggungnya samada sebahagian atau kesemuanya."
~Ustaz Rahmat Abdullah~
-Sang Murabbi, mencari spirit yang hilang.


Sunday, December 12, 2010

Ayuh berubah sahabat :)

Assalamualaikum.... :)


Situasi:
"enti,ana ni jahat.nak berubah nanti apa pulak orang kata..ana tak macam enti, betudung labuh. ana tak kuat buat macam enti.solat pun tak betul. kalau tiba2 ana berubah nanti mesti pelik"

sahabatku, jangan takut untuk berubah andai perubahan itu untuk Allah semata-mata. baik lelaki mahupun perempuan. Andai kita ikhlas kerana Allah tiada apa yang mampu patahkan semangat kita.. Jangan kata orang jahat tak boleh berubah bahkan orang yang dahulu di gelar jahat la yang berubah lebih baik dari yang tidak jahat. faham kah maksud ana?

sahabatku, ana sendiri tidak lah baik..ambo pun masih jahil lagi..ana pun tidak lah sekuat mana.. masih belajar lebih mendalam tentang Iman,Islam dan Ihsan. tahukah antum,ada seorang kakak ni dia boleh di ketogorikan 'sungguh jahat' la jugak dahulu.. tapi apa yang buat ana sebak dan menangis adalah ketika hatinya 'diketuk' sang Pencipta dengan keadaan diri yang andai antum mengenalinya pasti antum tak percaya dulu dirinya sebegitu.



perubahan dia di susuli dengan cacian orang,hinaan orang,perlian orang dan sungguh banyak lagi..Allahuakbar.. terasa diri ini sungguh hina di sisiNya..(T_T) namun kakak tu tetap gagah.. terus berlari tanpa henti ke arah PenciptaNya.. dengan bebekalkan kekuatan seorang ibu yang ada di sisinya dia terus berlari..terus bangun andai dia terjatuh.. keadaan yang dia lalui sungguh sedih namun dia mengatakan bahawa dia bahagia. kerana apa?? Kerana perubahan dia bukan di sebabkan orang lain..perubahannya kerana Allah! siapa kata orang jahat tak boleh jadi baik?!

ana dahulu pun ada buat salah.. dahulu ana bukan pakai tudung labuh.. jangan lah antum menilai seseorang hanya kerana labuhnya tudungnya.. bak kata seorang kakak ni "Hijrah memerlukan pergorbanan..lupakah kisah2 jahiliah kita dahulu..itu bukan diri kita sendiri..namun bila berhadapan dengan Allah ingat lah kembali kesilapan kita..mahon lah ampun kepadaNya,menangis lah depanNya..jangan malu untuk nangis depanNya..jangan malu untuk menyesali kesalahan2 kita walaupun ianya berat sangat2..Allah Maha Pengampun Maha Penyayang..insyaAllah pasti Allah ampunkan kita andai kita bersungguh-sungguh"

sahabatku,tetang solat,perbaiki lah sentiasa..ana pun masih membaiki nya.. andai antum tak berapa pasti tetang permasalahan solat, minta lah tunjuk ajar orang yang antum yakin agamanya..insyaAllah mereka pasti tolong.. jangan takut dengan hinaan dan cacian orang.. tak apa andai mereka jauhkan diri dari kita kerana Allah tak pernah jauh dari orang yang sentiasa mengharapkan redhaNya.insyaAllah. jagalah hubungan kita dengan Allah dan Allah pasti akan menjaga hubungan kita dengan orang lain..

Habluminallah wa habluminannas..wallahu'alam..


Kem vs Family day :)

Assalamualaikum... :)

khaifa haluk?? Mudah-mudahan semuanya baik2...insyaAllah :)

kepada pelajar2 sekolah,cuti sekolah ni antum buat apa? pergi kem ke? :)

pasti best siapa yang pi kem...

ana? huhu.. alangkah sedihnya tak dapat join kem remaja haluan & kem Nisa' yang diadakan serentak dengan hari keluarga ana....maka antara tiga tu ana perlu pilih keluarga...

tak apa...bak kata sahabat ana, Allah ada perancangan Nya sendiri..insyaAllah lain kali mungkin kita boleh join...


bagi sesiapa yang nak pi kem remaja Haluan boleh tengok detail ni..
kalau boleh join la ya...rapatkan ukhuwah islamiyyah antara kita :)

Time
17 December at 09:00 - 19 December at 15:00



Location untuk Selangor
Kem PLKN Paya Indah
Kg. Tanjung 12, Off KM5 Jalan Dengkil-Banting,
Hulu Langat, Malaysia


__________________________________________

Untuk Maklumat lanjut:

untuk Fb: Click Sini
website Rasmi Haluan: http://kearah.haluan.org.my

Click/view image untuk paparan lebih jelas.



Saturday, December 11, 2010

Ukhuwah Fillah abadan abada :)

assalamualaikum :)

Alhamdulillah...semalam (10.12.2010) dapat pergi ta'aruf bersama sahabat-sahabat yang tidak pernah jumpa..hehe.. perkenalan melalui alam maya di teruskan di luar.. sungguh hebat aturanNya..Alhamdulillah.. semua sahabiah ana dari sekolah yang berlainan..bahkan rumah pun agak jauh..
moga ukhuwah kita kerana Allah ya sahabiahku ^^

sepanjang perjalanan kami ke masjid Shah Alam bergerak lancar walaupun ada la beberapa insiden sikit..huhu..biasa la tu.. di masjid shah Alam dan PKNS, sahabiah2 ku sungguh sibuk mencari jubah..wah! rambang mata tengok jubah2 kat situ..aish..tapi ana tak beli sebab ana nak beli banyak2 dengan ummi ana nanti..

ana beli Al-Quran Tafsir yang kecil dan purdah Arab 2 lapis..Alhamdulillah murah daripada harga di luar..penjual2 di sana senang untuk di dekati..maksudnya di sini adalah mudah untuk berbicara..jauh bezanya di luar..mesra pula tu.. sungguh ana kagumi cara mereka berkerja..itulah nama nya berkerja kerana Allah..^^

nanti kita keluar lagi ya! kita borong tudung labuh pula..hehe :)


ya Allah..moga ukhuwah ini abadan abada dan hanya keranaMu kami bersahabat..
jangan Engkau biarkan kami terpesong dari JalanMu,
Tunjukkan lah kami jalan yang lurus,
iaitu jalan orang2 yang Engkau beri nikmat kepadanya,
bukan jalan orang2 yang Engkau murkai,
bukan pula jalan orang yang sesat...

Allahuma Amin... ^^


Thursday, December 9, 2010

(^___^)

Assalamualaikum ya sahabat blogger :)

Alhamdulillah selesai SPM 2010..maka berakhirlah perjuangan sebagai pelajar sekolah NAMUN sebagai seorang muslimat Islam TIDAK AKAN PERNAH BERAKHIR hingga akhir hayat.. InsyaAllah..

last paper tadi terserlah lah senyuman sahabiah2 yang berjuang sepanjang spm berlangsung..

sepanjang tidak berblog dengan ikhlasnya ana nk cakap yang ana RINDU BLOG!

sudah tentu ada cerita yang mahu ana kongsikan.
khusus untuk muslimahku sayang :)

situasi A: "saya nk pakai tudung balik,tapi saya tak ada kekuatan lagi. rasa belum terima hidayah lagi..dulu solat cukup.pakai tudung semua tapi sejak pindah sekolah ni..hmm...solat pun tak cukup "

situasi B:
"saya dah pakai tudung..tapi bila mandi laut dengan family dan saudara tak pakai.. kalau kat kampung saya tak pakai tudung bila dalam rumah sebab rasa pelik la pakai tudung..lagipun saudara je..bukannya ada apa2"

situasi c:
"kenapa ya kamu pakai tudung labuh? tak panas ke? kenapa ada orang islam tak pakai tudung? kamu nak jadi ustazah ya?"

senyum3... (^____^)

situasi2 itu ana tidak merujuk pada sesiapa ya.. rasanya banyak lagi kan situasi sebegini dalam kehidupan ini.. ayuh kita muhasabah..

sahibahku,kekuatan dan Hidayah Allah itu tidak boleh kita dapat dengan cara menunggu bagai air turun dari langit,kekuatan dan Hidayah Allah itu MESTI di cari oleh diri kita sendiri.usaha kita sendiri. Hidayah Allah itu Mahal harganya.kita tidak akan jumpa kalau kita tak usaha untuk cari.jangan menyalahkan keadaan sekeliling andai diri kita berubah. itu sebenarnya satu ujian untuk kita.Allah Maha pengampun Maha Penyayang.Allah mempunyai sifat2 yang Hebat maka janganlah kita berputus asa mencari Hidayahnya..

Firman Allah dalam surah Al-An'am: ayat 125
maksudnya "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah(petunjuk) kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya(membuka hati) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkan,nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitny, seolah ia sedang mendaki naik ke langit(dengan susah payahnya). Demikian Allah menimpakan azab kepada orang-orang yag tidak beriman"

wallahu'alam..moga kita termasuk orang yang beriman..amin..

tentang solat,kita boleh mula kan dengan cara menjaga solat fardu..tidak mengapa andai tidak mampu nk solat sunat tengah-tengah malam. tapi jaga solat fardu.. itu lebih utama..Namun andai antum mampu solat sunat maka lakukan lah.. solat2 sunat boleh antum mulakan dengan solat sunat sebelum subuh,solat sunat seblum dan selepas zuhur dan seterusnya.. andai kita tak tahu bagaimana mahu lakukan,maka beli lah buku2 solat sunat..insyaAllah ia dapat membantu. tanya lah sahabat2 yang kita yakin agamanya untuk beri tunjuk ajar.
JANGAN PUTUS ASA MUSLIMAHKU SAYANG^^



sahibahku,kita wajib tutup aurat+pakai tudung depan lelaki ajnabi(asing) iaitu lelaki yang halal untuk kita khawini.. saudara2 yang lelaki adalah ketegori ajnabi bagi kita..maka kita WAJIB tutup aurat.. ingat lagi kah kita dengan Firman2 Allah tentang pakaian,tudung,pandangan kita dan banyak lagi? apakah itu tidak cukup untuk di jadikan bukti bahawa pemakaian menutup aurat itu WAJIB atas semua muslimah yang baligh? renungkan lah..
miskipun mereka saudara lelaki kita,mereka tidak mencapai kelayakkan untuk tengok aurat kita.pelihara la ia sebaik-baiknya :)

mandi laut? mandi swimmingpool? apa salahnya pakai tudung?? susah ke? jawapannya TIDAK susah.. itu alasan kita je..
TERUSKAN BERMUJAHADAH MUSLIMAHKU SAYANG :)

bagi yang baru bertudung labuh,mungkin itu satu cabaran,namun bagi yang sudah biasa bahkan yang sudah sebati dengan dirinya maka masalah panas itu tidak menjadi persoalan bila di kenangkan tentang neraka Allah yang lebih 10000000000 kali hebat panasnya. bagi yang tidak pakai tudung, sedih untuk membicarakan. ada di antara mereka yang solatnya cukup bagus,bahkan bagus dari yang pakai tudung.namun pemakaian baju dan tudung tidak begitu di titik beratkan. bila di tegur maka marah la jawapannya. maka jawapan pada situasi sebegitu "ayuh kita check solat kita+makanan+amalan kita". di mana silapnya? kerana Solat mencegah kita dari membuat perkara mungkar.

tudung labuh sering di kaitkan dengan kerjaya sebagai ustazah.namun sebenarnya kerjaya selain ustazah masih banyak.ada muslimah2 yang bertudung labuh menjadi doktor.Alhamdulillah. tudung labuh bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. bukan hanya untuk jadi seorang ustazah dan doktor bahkan boleh jadi pensyarah,penulis,saintis dan banyak lagi..
AYUH BERHIJRAH! <3

antum ingat/tahu tentang Qarun? Allah ada menceritakan di dalam Al-Quran.. Qarun adalah seorang kaya raya.hartanya melimpah ruah.tetapi Allah membalasnya dengan dia di telan bumi. kerana apa? kerana dia tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..makin banyak Allah beri padanya makin sombong dia pada semua. hartanya yang dia bangga2 kan tidak mampu menolongnya. jadi janganlah kita leka dengan duniawi hingga lupa pada ukhrawi(akhirat).

sahabiahku,
andai masih ada sifat takut dalam diri kita,bersyukur lah.cuba antum tengok sekeliling kita.. ada di antara mereka mendengar Firman Allah,sunnah Rasulullah NAMUN tiada kesan dalam diri mereka..sungguh takut andai perkara itu berlaku pada diri yang masih jahil ini (T_T) Allahuakbar....Alhamdulillah...

tutup la aurat kita dengan sempurna..labuhkan tudungmu hingga ke dada seperti yang di anjurkan oleh Islam..sungguh Islam itu Lengkap dan SEMPURNA.. semua yang ada dalam acuan Islam tidak menyusahkan Umatnya bahkan banyak sungguh kebaikannya...

“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah Az-Zumar:53



segala yang baik dari Allah S.W.T
dan kesalahan2 yang ada,adalah dari hamba yang jahil ini (T_T)

sahabat,tegurlah ana andai ana melampaui batas...waallahu'alam...
Ukhuwah Fillah abadan abada (^_^)

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR! ^^