dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, December 12, 2010

Ayuh berubah sahabat :)

Assalamualaikum.... :)


Situasi:
"enti,ana ni jahat.nak berubah nanti apa pulak orang kata..ana tak macam enti, betudung labuh. ana tak kuat buat macam enti.solat pun tak betul. kalau tiba2 ana berubah nanti mesti pelik"

sahabatku, jangan takut untuk berubah andai perubahan itu untuk Allah semata-mata. baik lelaki mahupun perempuan. Andai kita ikhlas kerana Allah tiada apa yang mampu patahkan semangat kita.. Jangan kata orang jahat tak boleh berubah bahkan orang yang dahulu di gelar jahat la yang berubah lebih baik dari yang tidak jahat. faham kah maksud ana?

sahabatku, ana sendiri tidak lah baik..ambo pun masih jahil lagi..ana pun tidak lah sekuat mana.. masih belajar lebih mendalam tentang Iman,Islam dan Ihsan. tahukah antum,ada seorang kakak ni dia boleh di ketogorikan 'sungguh jahat' la jugak dahulu.. tapi apa yang buat ana sebak dan menangis adalah ketika hatinya 'diketuk' sang Pencipta dengan keadaan diri yang andai antum mengenalinya pasti antum tak percaya dulu dirinya sebegitu.



perubahan dia di susuli dengan cacian orang,hinaan orang,perlian orang dan sungguh banyak lagi..Allahuakbar.. terasa diri ini sungguh hina di sisiNya..(T_T) namun kakak tu tetap gagah.. terus berlari tanpa henti ke arah PenciptaNya.. dengan bebekalkan kekuatan seorang ibu yang ada di sisinya dia terus berlari..terus bangun andai dia terjatuh.. keadaan yang dia lalui sungguh sedih namun dia mengatakan bahawa dia bahagia. kerana apa?? Kerana perubahan dia bukan di sebabkan orang lain..perubahannya kerana Allah! siapa kata orang jahat tak boleh jadi baik?!

ana dahulu pun ada buat salah.. dahulu ana bukan pakai tudung labuh.. jangan lah antum menilai seseorang hanya kerana labuhnya tudungnya.. bak kata seorang kakak ni "Hijrah memerlukan pergorbanan..lupakah kisah2 jahiliah kita dahulu..itu bukan diri kita sendiri..namun bila berhadapan dengan Allah ingat lah kembali kesilapan kita..mahon lah ampun kepadaNya,menangis lah depanNya..jangan malu untuk nangis depanNya..jangan malu untuk menyesali kesalahan2 kita walaupun ianya berat sangat2..Allah Maha Pengampun Maha Penyayang..insyaAllah pasti Allah ampunkan kita andai kita bersungguh-sungguh"

sahabatku,tetang solat,perbaiki lah sentiasa..ana pun masih membaiki nya.. andai antum tak berapa pasti tetang permasalahan solat, minta lah tunjuk ajar orang yang antum yakin agamanya..insyaAllah mereka pasti tolong.. jangan takut dengan hinaan dan cacian orang.. tak apa andai mereka jauhkan diri dari kita kerana Allah tak pernah jauh dari orang yang sentiasa mengharapkan redhaNya.insyaAllah. jagalah hubungan kita dengan Allah dan Allah pasti akan menjaga hubungan kita dengan orang lain..

Habluminallah wa habluminannas..wallahu'alam..


No comments:

Post a Comment