dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Thursday, December 9, 2010

(^___^)

Assalamualaikum ya sahabat blogger :)

Alhamdulillah selesai SPM 2010..maka berakhirlah perjuangan sebagai pelajar sekolah NAMUN sebagai seorang muslimat Islam TIDAK AKAN PERNAH BERAKHIR hingga akhir hayat.. InsyaAllah..

last paper tadi terserlah lah senyuman sahabiah2 yang berjuang sepanjang spm berlangsung..

sepanjang tidak berblog dengan ikhlasnya ana nk cakap yang ana RINDU BLOG!

sudah tentu ada cerita yang mahu ana kongsikan.
khusus untuk muslimahku sayang :)

situasi A: "saya nk pakai tudung balik,tapi saya tak ada kekuatan lagi. rasa belum terima hidayah lagi..dulu solat cukup.pakai tudung semua tapi sejak pindah sekolah ni..hmm...solat pun tak cukup "

situasi B:
"saya dah pakai tudung..tapi bila mandi laut dengan family dan saudara tak pakai.. kalau kat kampung saya tak pakai tudung bila dalam rumah sebab rasa pelik la pakai tudung..lagipun saudara je..bukannya ada apa2"

situasi c:
"kenapa ya kamu pakai tudung labuh? tak panas ke? kenapa ada orang islam tak pakai tudung? kamu nak jadi ustazah ya?"

senyum3... (^____^)

situasi2 itu ana tidak merujuk pada sesiapa ya.. rasanya banyak lagi kan situasi sebegini dalam kehidupan ini.. ayuh kita muhasabah..

sahibahku,kekuatan dan Hidayah Allah itu tidak boleh kita dapat dengan cara menunggu bagai air turun dari langit,kekuatan dan Hidayah Allah itu MESTI di cari oleh diri kita sendiri.usaha kita sendiri. Hidayah Allah itu Mahal harganya.kita tidak akan jumpa kalau kita tak usaha untuk cari.jangan menyalahkan keadaan sekeliling andai diri kita berubah. itu sebenarnya satu ujian untuk kita.Allah Maha pengampun Maha Penyayang.Allah mempunyai sifat2 yang Hebat maka janganlah kita berputus asa mencari Hidayahnya..

Firman Allah dalam surah Al-An'am: ayat 125
maksudnya "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah(petunjuk) kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya(membuka hati) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkan,nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitny, seolah ia sedang mendaki naik ke langit(dengan susah payahnya). Demikian Allah menimpakan azab kepada orang-orang yag tidak beriman"

wallahu'alam..moga kita termasuk orang yang beriman..amin..

tentang solat,kita boleh mula kan dengan cara menjaga solat fardu..tidak mengapa andai tidak mampu nk solat sunat tengah-tengah malam. tapi jaga solat fardu.. itu lebih utama..Namun andai antum mampu solat sunat maka lakukan lah.. solat2 sunat boleh antum mulakan dengan solat sunat sebelum subuh,solat sunat seblum dan selepas zuhur dan seterusnya.. andai kita tak tahu bagaimana mahu lakukan,maka beli lah buku2 solat sunat..insyaAllah ia dapat membantu. tanya lah sahabat2 yang kita yakin agamanya untuk beri tunjuk ajar.
JANGAN PUTUS ASA MUSLIMAHKU SAYANG^^



sahibahku,kita wajib tutup aurat+pakai tudung depan lelaki ajnabi(asing) iaitu lelaki yang halal untuk kita khawini.. saudara2 yang lelaki adalah ketegori ajnabi bagi kita..maka kita WAJIB tutup aurat.. ingat lagi kah kita dengan Firman2 Allah tentang pakaian,tudung,pandangan kita dan banyak lagi? apakah itu tidak cukup untuk di jadikan bukti bahawa pemakaian menutup aurat itu WAJIB atas semua muslimah yang baligh? renungkan lah..
miskipun mereka saudara lelaki kita,mereka tidak mencapai kelayakkan untuk tengok aurat kita.pelihara la ia sebaik-baiknya :)

mandi laut? mandi swimmingpool? apa salahnya pakai tudung?? susah ke? jawapannya TIDAK susah.. itu alasan kita je..
TERUSKAN BERMUJAHADAH MUSLIMAHKU SAYANG :)

bagi yang baru bertudung labuh,mungkin itu satu cabaran,namun bagi yang sudah biasa bahkan yang sudah sebati dengan dirinya maka masalah panas itu tidak menjadi persoalan bila di kenangkan tentang neraka Allah yang lebih 10000000000 kali hebat panasnya. bagi yang tidak pakai tudung, sedih untuk membicarakan. ada di antara mereka yang solatnya cukup bagus,bahkan bagus dari yang pakai tudung.namun pemakaian baju dan tudung tidak begitu di titik beratkan. bila di tegur maka marah la jawapannya. maka jawapan pada situasi sebegitu "ayuh kita check solat kita+makanan+amalan kita". di mana silapnya? kerana Solat mencegah kita dari membuat perkara mungkar.

tudung labuh sering di kaitkan dengan kerjaya sebagai ustazah.namun sebenarnya kerjaya selain ustazah masih banyak.ada muslimah2 yang bertudung labuh menjadi doktor.Alhamdulillah. tudung labuh bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan. bukan hanya untuk jadi seorang ustazah dan doktor bahkan boleh jadi pensyarah,penulis,saintis dan banyak lagi..
AYUH BERHIJRAH! <3

antum ingat/tahu tentang Qarun? Allah ada menceritakan di dalam Al-Quran.. Qarun adalah seorang kaya raya.hartanya melimpah ruah.tetapi Allah membalasnya dengan dia di telan bumi. kerana apa? kerana dia tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan..makin banyak Allah beri padanya makin sombong dia pada semua. hartanya yang dia bangga2 kan tidak mampu menolongnya. jadi janganlah kita leka dengan duniawi hingga lupa pada ukhrawi(akhirat).

sahabiahku,
andai masih ada sifat takut dalam diri kita,bersyukur lah.cuba antum tengok sekeliling kita.. ada di antara mereka mendengar Firman Allah,sunnah Rasulullah NAMUN tiada kesan dalam diri mereka..sungguh takut andai perkara itu berlaku pada diri yang masih jahil ini (T_T) Allahuakbar....Alhamdulillah...

tutup la aurat kita dengan sempurna..labuhkan tudungmu hingga ke dada seperti yang di anjurkan oleh Islam..sungguh Islam itu Lengkap dan SEMPURNA.. semua yang ada dalam acuan Islam tidak menyusahkan Umatnya bahkan banyak sungguh kebaikannya...

“Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah Az-Zumar:53



segala yang baik dari Allah S.W.T
dan kesalahan2 yang ada,adalah dari hamba yang jahil ini (T_T)

sahabat,tegurlah ana andai ana melampaui batas...waallahu'alam...
Ukhuwah Fillah abadan abada (^_^)

AMAR MA'RUF NAHI MUNGKAR! ^^

No comments:

Post a Comment