dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, October 24, 2010

Tutuplah dengan sempurna wahai muslimahku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum...Alhamdulillah bersua jua kita di blog serba kurang ini..
tergerak hati ana ingin menulis tentang tudung..

memandangkan ana berada di sekolah harian biasa fenomena tudung yang tidak menepati syarak sering di pakai oleh kebanyakkan pelajar..bukan semua..

ada sahabat ana si A tegur seorang sahabat kami si B yang memakai selendang lilit2 tu..apa nama selendang tu pun ana tak tahu la.. sahabat ana si A tu tegur yang selendang tu tak tutup aurat,nampak dalam dan sebagainya namun
si B tu menegur si A balik dia kata "ala..kalau kita pakai tudung macam kau ni pun(lebih dikenali tudung 3 segi biasa) nampak juga bahagia tepi sama je la" dan sahabat ana si A tu terdiam.

si B tu pula cakap dengan ana pasal si A yang tegur tu..
dia cerita la dari A-Z dan ana pun tegur
si B, ana cakap "betul la tu apa dia cakap...selendang yang hang pakai ni memang x tutup aurat..nampak ni ni ni...kan kena tutup sampai bawah dada..itu yang Allah suruh..siapa kita nak langgar perintah Allah??" yang ana paling kecewa bila dia kata "kesah pulak aku" banyak kali dia cakap lepas tu gelak2..ya Allah...dia ingat ana main2..

astaghfirullah...alangkah sedihnya teguran tentang aurat di permainkan..sedangkan mereka membaca Al-Quran, belajar pendidikan Islam namun tidak ambil berat..Allah..... (T_T)

cerita ini berlaku pada ana..
dan ana mengharapkan muslimahku sekalian ambil iktibar..
bukan mahu riak apatah lagi membuka aib...
tapi kerana tanggungjawab sebagai muslimah Islam yang tidak ingin melihat kaum sejenisku leka dan lalai tentang aurat..janganlah kalian permainkan ayat Allah,jangan di sebabkan hal ini Allah menutup hati dan telinga kita dari mendengar ayat-ayatnya.. Nauzubillah min zalik..




Wahai Muslimahku,
tidak lah ku kata diriku ini hebat,
sedangkan aku juga sedang belajar dari kesilapan lalu,
aku juga tidak lepas dari dosa tanpa ku sedar.

Wahai muslimahku,
tinggalkan lah dunia jahiliahmu,
ayuh kita ikut syariat Islam yang agung,
Allah begitu sayangkan kita.

Wahai muslimahku,
diriku dulu sepertimu jua,
dirku ini juga memakai tudung tiga segi biasa dulu yang dililit2,
namun Alhamdulillah ku berjaya tinggalkan Zaman Jahiliahku,
dan ku tahu dirimu jua mampu tinggalkan!


Usah bertangguh!
Usah rasa takut untuk berubah!
Usah pedulikan cacian dan hinaan orang!
belum terlambat untuk kita berubah.

______________________________

Islam begitu 'cemburu' membiarkan wanita dipandang sewenang-wenangnya oleh lelaki..jadi jagalah aurat kita wahai muslimah..


Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 59,
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu..”


Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan..."


Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: "Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya."

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

(Surah aZ-Zalzalah:1-8)



*pesanan buat diriku dan dirmu wahai saudari seislamku..
ana sayang antum kerana Allah! :)

JAGA HATI,JAGA IMAN,JAGA AURAT,JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH DAN MANUSIA

No comments:

Post a Comment