dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, October 17, 2010

Iman, Kamu Cuti hari Ini..??







Iman : Assalamualaikum.

Diri : Waalaikumussalam. Oh,encik iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. Kamu cuti ke?

Iman : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti.

Diri :Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

Iman : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari en.nafsu?

Diri : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat en.nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. (sambil tersenyum..)

Iman : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

Diri : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

Iman : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok en.nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

Diri : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

Iman : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat en.nafsu, bos.

Diri : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, en. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat sebelah ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga en.nafsu, tak kiralah apa yang berlaku.en.iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-Qur'an dan apa-apa yang patut.

Iman : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai muttaqin.


Pengajaran:

Kitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.



Dipetik: Majalah Solusi Isu No.13 (2009)

www.murabbi.net
Dihantar Oleh : MiftahuL_Raudhah
Editor: MiftahuL_Raudhah

No comments:

Post a Comment