alhamdulilah bertemu lagi kita...moga antum di dalam naunganNya..insyaAllah..
cuti pertengahan tahun selama 2minggu telah melabuhkan tirainya..kini sekolah akan di buka semula... cabaran SPM menanti ana dan rakan seperjuangan..kini tinggal bulan sahaja tolak rehat2 semua...doakan kejayaan ana dan rakan2 yang akan ambil SPM tahun 2010 ini.. syukran jazakallah.. ^_^
----------------------------------
sedih...kecewa....hampir menangis bila melihat sahabat yang ana sayangi jauh di belakang..
agama tidak di pegang utuh lagi..astaghrifullah...
tadi apabila ana buka facebook ana nampak gambar kawan yang merupakan sahabat ana satu ketika dahulu..bagi ana dia masih merupakan sahabat ana lagi..tapi ana tidak tahu apa erti diri ana dalam kamus hidupnya..
menyesal ana tinggalkan dia berkawan dengan orang yang membuat dia berubah kini...
sanggup dia bergambar tanpa menutup auratnya..Allah! menangis jua ana akhirnya...
ana ingin sangat tariknya kembali...namun ana tidak tahu caranya.. ana menyanyangi dia ya Allah....hubungkan kembali tali persahabatan kami...
semakin lama,semakin berani dia..ya Allah ampunkan hambamu yang hina ini..kembalikan lah sahabatku itu kepada ku...
menurut sahabat ana lagi sorang..apabila sahabat ana itu bertanya kenapa sekarang banyak gambar menampakkan rambutnya dia menjawab kawannya minta begitu...Allah! bertambah sedih bila ana mengetahui.. dia seorang yang sangat baik,lembut orangnya seindah namanya..Namun sampai bagitu sekali jatuhnya dia...ini bukanlah kali pertama dia buat begitu..dulu ana ada juga tegur..dan dia tak buat lagi..namun sekali lagi dia telah buatkan ana menitiskan air mata...
Sedarlah sahabatku,
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.
Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.
Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.
Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin...
-------------------------------------------------
Bisikan syaitan bukannya satu,
Segenap ruang cuba dilalu,
Selagi akhir belum ketemu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Hidup ini bukan untuk individu,
Al-Quran tidak pernah berkata begitu,
Lagi syurga sentiasa menunggu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Jangan kerana ilmu engkau begitu,
Hanya Allah yang tahu,
Setiap manusia syukurnya perlu.
Sedarlah sahabatku,
Langkah syaitan ikutnya tidak perlu,
Yang mana satu tidak kita tahu,
Mohon ampunlah selalu.
Sedarlah sahabatku,
Ukhuwah itu amat perlu,
Buang hasad buang cemburu,
Islam ini majunya perlu.
Sedarlah wahai sahabatku,
Bersama kita saling membantu,
Meredah onak duri dan liku,
Menuju jalan yang satu.
Terimalah suratku ini sahabatku,
ingin aku bersamamu seperti dahulu,
mencari redha Allah yang satu,
semoga dikurniakan selalu...
Amin...
-------------------------------------------------
Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.
Coretan Hati:
No comments:
Post a Comment