dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, June 13, 2010

Coretan hati 2 (couple)

assalamualaikum...
alhamdulilah...dapat jua ana tulis kali ni...
moga dapatlah kiranya kita berkongsi2 maklumat... :)

couple? rasanya kebayakkan sahabat2 sekalian ada telah terangkan banyak kali apa ertinya couple ini...apa hukumnya couple ni..'
ana bukanlah hebat dalam hukum2 ni...ana tahu pun melalui pembacaan dari buku,sahabat2 blog jua dari iluvilsam.com...

kawan2 ana banyak menanyakan kepada ana couple ni haram ke? kenapa dia haram? haram juga ke walaupun tak berjumpa dan tak berpegang? haram ke walaupun niat kita couple untuk ajak dia kepada kebaikan?..ketahuilah NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.. jika niat kita baik tapi cara kita salah apa bezanya?

hari tu ada juga seorang sahabat ana tanya benda yang sama..maklum lah,kami bukanlah dari sekolah agama.hukum sebegini kurang kami dapat dalam pembelajaran...
sahibah ana tu kata dia dah tahu hukumnya namun terdapat khilaf sikit..alhamdulilah dia jenis tidak segan untuk bertanya...alhamdulilah jua kerana ana dapat terangkan sedikit ilmu kepadanya.. moga dengan sedikit ilmu itu dia memahaminya..insyaAllah...

ana ada seorang sahabat ana lagi yang jenis cepat 'cemburu' dengan orang2 yang bercouple. ana pun tak tahu kenapa dia begitu.ana dan sahabat lain sentiasa tak jemu2 memberitahu apa hukumnya couple itu..bila dia nampak ada pasangan couple yang mesra dia akan mula rasa untungnya dapat couple..Nauzubillah.. dan kerap kali juga dia di 'brain wash' oleh kami.. namun kami tak rasa letih sebenarnya menasihati dia..sungguh kami menyayangi mu wahai sahabatku.tentulah kami tidak mahu enti hanyut dalam kemaksiatan yang kian berleluasa. walaupun kami ni macam membebel je namun ketahuilah kami menasihatimu kerana menyayangi mu..

banyak masalah couple yang diluahkan oleh sabahat2 ana.. banyak juga masalah couple yang kita dapat tengok melalui myspace,facebook,blog pun ada. di mana sahaja..ada yang manulis di status "fall in love" lps tu beberapa hari/bulan/tahun tulis pula "i hate u"..apa semua ni? inilah yang mungkin di namakan cinta tu buta..mungkin hari2 pertama rasa bertuahnya dapat couple,dapat lelaki macam 'dia' dan sebagainya.,.namun bila dah lama sikit terus hilang rasa tu..kenapa? kerana kita telah menghalalkan benda yang haram.. bukankan couple yang salah itu akan membawa keburukan kepada diri kita sendiri.. dan bukankah couple/bercinta tanpa nikah itu telah membuat kita membuka pintu zina semata2? Nauzubillah...

*Maafkan ana jika ana melukai hatimu..tidak ada niat sebegitu..ana cuma mahu kongsikan kepada antum sekalian tentang couple ni..ana menyanyimu dan kerana itu jualah ana ingin menasihatkan mu dan diri ana jua yang sering buat dosa,maksiat dan lain2
*ana minta maaf jika bahasa yang ana gunakan melukai antum..sungguh ana tidak bermaksud begitu..ana menyayangimu wahai sahabat...

sebelum ana mengakhiri coretan ini hayati lah bait2 yang ana dapat dari buku pemilik cintaku setelah Allah & Rasul oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin yang merupakan seorang penulis buku dan novel islamic:

"Jika kau belum berkahwin,kejarlah cinta Allah SWT sebelum engkau mengejar cinta lelaki. TANPA REDHA ALLAH SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun,kau pasti tidak akan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat dari hidupmu. KEJARLAH CINTA ALLAH wahai diri dan sahabatku.moga kita sentiasa di bawah perlindungannya..insyaAllah.


Waallahu'alam...andai ada yang salah teguran antum amat digalakkan...syukran jzk :)

http://sistersofjannah.files.wordpress.com/2009/01/3181259375_546c4e97c8_o.jpg


Coretan Hati:

http://www.mylivesignature.com/signatures/85809/syira_unik/f3ae5b90ce743594dbd8bf209acddfdb.png

1 comment:

  1. good article..tapi, mengenai hadis yang terakhir itu, adakah ia hadis sahih?

    ReplyDelete