dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Sunday, June 13, 2010

Coretan hati 2 (couple)

assalamualaikum...
alhamdulilah...dapat jua ana tulis kali ni...
moga dapatlah kiranya kita berkongsi2 maklumat... :)

couple? rasanya kebayakkan sahabat2 sekalian ada telah terangkan banyak kali apa ertinya couple ini...apa hukumnya couple ni..'
ana bukanlah hebat dalam hukum2 ni...ana tahu pun melalui pembacaan dari buku,sahabat2 blog jua dari iluvilsam.com...

kawan2 ana banyak menanyakan kepada ana couple ni haram ke? kenapa dia haram? haram juga ke walaupun tak berjumpa dan tak berpegang? haram ke walaupun niat kita couple untuk ajak dia kepada kebaikan?..ketahuilah NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.. jika niat kita baik tapi cara kita salah apa bezanya?

hari tu ada juga seorang sahabat ana tanya benda yang sama..maklum lah,kami bukanlah dari sekolah agama.hukum sebegini kurang kami dapat dalam pembelajaran...
sahibah ana tu kata dia dah tahu hukumnya namun terdapat khilaf sikit..alhamdulilah dia jenis tidak segan untuk bertanya...alhamdulilah jua kerana ana dapat terangkan sedikit ilmu kepadanya.. moga dengan sedikit ilmu itu dia memahaminya..insyaAllah...

ana ada seorang sahabat ana lagi yang jenis cepat 'cemburu' dengan orang2 yang bercouple. ana pun tak tahu kenapa dia begitu.ana dan sahabat lain sentiasa tak jemu2 memberitahu apa hukumnya couple itu..bila dia nampak ada pasangan couple yang mesra dia akan mula rasa untungnya dapat couple..Nauzubillah.. dan kerap kali juga dia di 'brain wash' oleh kami.. namun kami tak rasa letih sebenarnya menasihati dia..sungguh kami menyayangi mu wahai sahabatku.tentulah kami tidak mahu enti hanyut dalam kemaksiatan yang kian berleluasa. walaupun kami ni macam membebel je namun ketahuilah kami menasihatimu kerana menyayangi mu..

banyak masalah couple yang diluahkan oleh sabahat2 ana.. banyak juga masalah couple yang kita dapat tengok melalui myspace,facebook,blog pun ada. di mana sahaja..ada yang manulis di status "fall in love" lps tu beberapa hari/bulan/tahun tulis pula "i hate u"..apa semua ni? inilah yang mungkin di namakan cinta tu buta..mungkin hari2 pertama rasa bertuahnya dapat couple,dapat lelaki macam 'dia' dan sebagainya.,.namun bila dah lama sikit terus hilang rasa tu..kenapa? kerana kita telah menghalalkan benda yang haram.. bukankan couple yang salah itu akan membawa keburukan kepada diri kita sendiri.. dan bukankah couple/bercinta tanpa nikah itu telah membuat kita membuka pintu zina semata2? Nauzubillah...

*Maafkan ana jika ana melukai hatimu..tidak ada niat sebegitu..ana cuma mahu kongsikan kepada antum sekalian tentang couple ni..ana menyanyimu dan kerana itu jualah ana ingin menasihatkan mu dan diri ana jua yang sering buat dosa,maksiat dan lain2
*ana minta maaf jika bahasa yang ana gunakan melukai antum..sungguh ana tidak bermaksud begitu..ana menyayangimu wahai sahabat...

sebelum ana mengakhiri coretan ini hayati lah bait2 yang ana dapat dari buku pemilik cintaku setelah Allah & Rasul oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin yang merupakan seorang penulis buku dan novel islamic:

"Jika kau belum berkahwin,kejarlah cinta Allah SWT sebelum engkau mengejar cinta lelaki. TANPA REDHA ALLAH SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun,kau pasti tidak akan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat dari hidupmu. KEJARLAH CINTA ALLAH wahai diri dan sahabatku.moga kita sentiasa di bawah perlindungannya..insyaAllah.


Waallahu'alam...andai ada yang salah teguran antum amat digalakkan...syukran jzk :)

http://sistersofjannah.files.wordpress.com/2009/01/3181259375_546c4e97c8_o.jpg


Coretan Hati:

http://www.mylivesignature.com/signatures/85809/syira_unik/f3ae5b90ce743594dbd8bf209acddfdb.png

Saturday, June 5, 2010

Coretan hati ...

salam'alaik! :)
wah! cuti2 malaysia 2minggu...hehe..
alhamdulilah tamat sudah imtihan pertengahan tahun...
namun takut jugak nak tunggu keputusan keluar...Tawakkal sahaja ana mampu..

nak cerita sikit...semalam ana pergi tuition untuk addmath...cikgu yang mengajar adalah cikgu cina..cikgu tu lawak2 orangnya..maklum lah..kalau tak ada lawak sikit2 nanti semua tidur... :D

masa cikgu tu tengah ajar..dia saja kacau2 pelajar dia...tanya nama la dan sebagainya...
cikgu tu ada tanya seorang pelajar ni nama dia ana bagi nama A la..cikgu pun tanya si A nama dia apa,,si A pun jawab la nama dia 'sekian sekian sekian'.. cikgu tu pun terkejut.. cikgu tu ingat si A tu pelajar cina..nama dia pun seakan2 nama cina..rupanya melayu..dia tidak bertudung...dan mukanya pun seakan2 cina...
ana sedih sungguh...LIHAT....bagaimana orang bukan islam nak kenal orang tu islam ke tak?...sungguh ana sedih... ana duduk belakang dia je...jadi apa yang cikgu tanya ana dengar..

sebelum2 ni pun cikgu tu ada tanya kat seorang pelajar B ni nama dia...lepas dia bagi tau cikgu tu terkejut jugak..mana tak nya nama dia melayu..islam...muka cina..cikgu ingat cina la sebab dia duduk dengan pelajar2 cina dan bercakap bahasa cina dengan kawan2 sebelah dia..sungguh ana sedih bila ingat balik...bukan sedih dia duduk dengan cina atau bercakap dengan cina..tak salah pun...tapi ana sedih, cikgu sendiri terkejut dia sebenarnya melayu...ana lagi la terkejut...ana pun ingat si B ni cina...astaghfirullah

ana bukan nak mengata..maaf jika terkasar bahasa..namun sebagai umat Islam ana rasa amat sedih..ini baru di tempat tuition macam mana kalau di luar...
bagaimana orang sekeliling terutama nya orang bukan islam nak tau dia ni islam ke tidak???...susah ana nak bayang kan...
inilah dunia akhir zaman.. takut bila di fikir2 kan...Allahu Allah

wallahu'alam...ISLAM ITU INDAH JIKA KITA MEMPERINDAHKANNYA..






Coretan Hati

http://www.mylivesignature.com/signatures/85809/syira_unik/f3ae5b90ce743594dbd8bf209acddfdb.png

Saturday, May 22, 2010

Mid-year kembali... :)


Salam Imtihan kepada semua yang sedang menduduki

Peperiksaan Pertengahan Tahun..

moga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang..

Tuesday, May 4, 2010

salam'alaik kepada semua pengunjung blog... ! ^_^

lama rasanya tidak tulis-tulis di sini. walaupun begitu,alhamdulilah ada jua yang sudi datang ziarah ke blog yang tidak seberapa ini.syukan jzk... :)

lagi 2 minggu imtihan pertengahan tahun akan datang menguji minda..huhu...
baca buku? ada laa.... ;p

ok ubah topik.. :D

ana ada seorang kawan yang beragama kristian dan berbangsa cina...dia baik betul...tapi sedih dia bukan islam...ana kenal dia sejak tingkatan 4.. kerana sebelum ni kami kelas lain.
dia banyak bertanya tentang islam..banyak dia tanya antaranya kenapa ana pakai tudung labuh tapi orang lain tak pakai" "kanapa Al-Quran tidak boleh di sentuh orang bukan islam" "kenapa ada orang islam tak pakai tudung"....banyak la lagi..ada juga yang ana dan kawan ana tak tahu nak explain tapi alhamdulilah ustazah ana banyak tolong..sebenarnya dari pertanyaan2 sebegitulah ana banyak dapat maklumat yang sebenar.. bukan lah sebelum ni tak tahu..tapi pertanyaan2 sebegitu banyak mangajar ana.

minggu lepas kami bercerita lagi tentang agama islam dan kristian.. ana tanya dia tentang asal usul dunia ni mengikut kepercayaan dia..dan bila ana dengar memang benar "ia" banyak di ubah.
lepas dia cerita, ana dan kawan ana pula cerita tentang asal usul dunia menurut islam.tapi tak banyak kami cerita kerana kami tak tahu macam mana nak explain khuatir dia tak faham.tapi dia faham...

moga dia terima hidayah satu hari nanti..

---------------------------------------



Sunday, April 18, 2010

Hanya 1 minit.



1. Dalam 1 minit anda boleh membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah SAW melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah SWT. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.
Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah SAW melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril AS, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril AS menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda boleh membaca 20 kali surah Al-Ikhlas

Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Dalam 1 minit anda Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali

4. Dalam 1 minit anda Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut "Astaghfirulah Al-Adzim" 100 Kali

5. Dalam 1 minit anda Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Dalam 1 minit anda Boleh menyebut SubhanAllah, Wal-hamduLillah, Wala ilaha ill-Allah, Wa Allahuakhbar sebanyak 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.

Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,
Masya Allah, Sungguh besar nikmat Allah. Beruntunglah kepada mereka yang mengingati Allah bukan hanya seminit, tetapi setiap saat dan detik.

p/s : Sekadar menasihati diri ini yang kian alpha pada Rabbnya

Wallahualam..