dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Saturday, March 26, 2011

buku : Kuasa Kepimpinan AL-FATEH

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah dapat lagi kita merasa nikmat hidup ini.. bekalkan diri mu dan diriku dengan Iman dan Islam..insyaAllah.. :)

nak kongsi satu buku yang ana dah lama cari.baru lagi keluar buku ni. mai2 beli. ana tak baca lagi sebab baru je jumpa,masa nak beli tu kekurangan duit pula.. tak apa2. tunggu ku wahai buku! huhu.. :D

ha! ni bukunya..insyaAllah... KUASA KEPIMPINAN AL-FATEH by ustaz Muhammad Syaari.



Waallahu'alam...
  • Mencari Redhatullah

Monday, March 21, 2011

>> UkhuWaH

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah bersua lagi di ceroten kali ni.. :D



UKHUWAH... itulah ana nk cerita... :)
Alhamdulillah ana di kurniakan sahabat2 yang hebat semuanya...syukur tak terhingga kepada Kekasihku Allah S.W.T. kerana mengurniakan sahabat2 sebegitu...

teringat kata-kata penuh hikmah dari kak Nurul ku yang duduk di pahang.
"Bila kita kerjakan sesuatu kerana ALLAH kan,kita rasa kemanisan melakukan sesuatu,bila kita berkasih sayang kerana ALLAH, kita akan rasa indahnya ukhuwah,terbit rasa sayang pada sahabat kita, timbul rasa nak melindungi saudara kita.. selalu nak menjaga diri sahabat kita dari dosa. itulah indahnya ukhuwah kerana ALLAH."

Allah....kak,sesungguhnya adik tersentuh dengan ayat2mu.. (T_T)

Alhamdulillah..ana kenal kak Nurul pun dari blog ni... masuk bulan ni dah 3 bulan..baru lagi kan? Namun macam dah 10tahun..huhu..

pernah kak Nurul tanya baru2 ni, katanya "adik tak takut ke akak jahat?" kerana kami tak pernah jumpa lagi...masa baca msg tu kat hp,ana terkedu sekejap..Namun tiba2 terdetik di hati,ana cakap "tak...adik serah akak pada ALLAH" ana pun tak tahu macam mana "ia" datang..namun itulah lintasan pertama yang terdetik masa msg tu masuk..

TAPI ana tahu dan yakin ia dari ALLAH. ana tak pernah cakap macam tu pada sesiapa.. Namun hari tu rasa nak nangis je..huhu... Allah... ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA kan? :)

ana di kurniakan sahabat bermacam ragam dan perangai. banyak belajar dari mereka. sahabat yang di gelar junior sendiri pun ada..huhu...Ukhuwah tak mengenal usia kan? :)

sahabat ana, hafizah pun banyak membantu membetulkan apa yang salah..ha! yang ni lain sikit.. agak selalu kena buli.. :D walaupun kami bukan sekolah agama tapi kalau tengok perangai sahabat ana sorang ni dah macam budak sekolah agama dah..belajar dari siapa la kan.. petah bercakap.. BUKAN PENDIAM orangnya... "hafizah..nampak tak muka akak xD " hehe..

kami digelar 'adik beradik' di luar...muka kami sama??entah la.. macam tak je.... dah macam lebih 100 orang je cakap macam tu...

"hafizah kita layan je" :D

juga sahabat ana yang lain yang ana kenal di alam maya pada mulanya dan seterusnya kami kukuhkan dengan ta'aruf..alhamdulillah gembira dapat jumpa Hayati,Zarina,Hidayah dan Atiqah.. sayang antunna kerana Allah! :)

tak lupa juga ukhuwah yang dibina dari zaman persekolahan.. zaman itu banyak yang ana pelajari.. zaman tarbiah ana bermula di rumah tapi lebih kepada di sekolah... di situlah ana temui kekuatan yang di bina sedikit demi sedikit.. Namun hingga sekarang masih memerlukan bimbingan,itulah manusia kan? bagi ana,ana amat memerlukan teguran untuk membaiki diri ana yang masih jahil.. ana memerlukan sahabat2 yang di bina atas dasar cinta kerana Allah untuk betulkan apa yang tidak betul dengan ana.. kerana apa? kerana andai benar kita bina ukhuwah kerana Allah PASTI kita akan cari jalan kan untuk tegur sahabat kita yang buat salah? walau dengan apa jua jalan..untuk ana,ana suka tegur secara bertapis2.. ia terpulang pada individu.. tengok pada situasi :)

bagi ana,semua sahabat ana ada HAK untuk menegur.. kerana apa? kerana dengan teguran la kita tahu kelemahan diri kita..jadi TOLONG la berlapang dada untuk menerima teguran miskipun teguran itu agak membuatkan kita rasa 'sakit' di hati. andai kita rasa 'sakit' dengan dengan teguran tu diam kan diri sebentar...muhasabah balik apa yang di perkatakan.. kadang2 kita rasa benda yang hamba Allah tu cakap tak betul..tapi bila kita ambil masa untuk berfikir kita akan jumpa apa yang kita cari.... minta pertolongan dari Allah.. Allah akan membentangkan di hadapan mata kita apa yang telah kita kerjakan..insyaAllah... ana bercakap dari pengalaman yang sedikit ini...insyaAllah..

Sayangi lah ukhuwah yang terjalin..kukuhkan ia dengan rasa cinta kepada sahabat KERANA ALLAH dan insyaAllah ia akan sampai ke syurga..mana tahu kan kot2 di alam sana nanti kita berjumpa balik dengan sahabat kita dan ketika itu kita amat menghampiri neraka tiba2 sahabat kita datang dan cakap "Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim sahabat ku menyayangi ku kerana Mu Ya Allah, bantulah dia" Wallahu'alam kan...kita bina di dunia insyaAllah ganjarannya di akhirat kelak.. ALLAH MAHA MENGETAHUI.. kita perlu BERSANGKA BAIK..

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sekuat-kuat ikatan iman adalah persaudaraan kerana Allah,cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah”[HR Tirmizi]

“Barangsiapa yang melangkah untuk memikirkan keperluan saudaranya dan menyampaikan sesuatu yang bermanfaat baginya (membawa kebaikan) maka perbuatannya akan lebih bagus daripada I’tikaf sepuluh tahun”[HR Baihaqi dari Anas r.a]

“Tidaklah (sempurna) iman seseorang sehingga ia mencintai saudaranya itu seperti ia mencintai dirinya sendiri” [HR Bukhari &muslim]

Dari Umar Al Khattab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sebahagian dari hamba Allah terdapat sekelompok manusia. Mereka itu bukan dari golongan Nabi,tidak pula dari golongan syuhada, akan tetapi para nabi dan para syuhada merasa iri atas kedudukan mereka disisi Allah. Mereka berkata “Hai Rasulullah, tolong beritahu kami siapakah mereka itu?, baginda menjawab, “mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai kerana Allah, bukan atas dasar hubungan Rahim diantara mereka (pertalian darah) dan juga bukan kerana wang yang mereka berikan. Maka demi Allah..sesungguhnya wajah mereka memancarkan cahaya, cahaya yang sangat terang. Mereka tidak merasakan takut ketika orang lain merasa takut, dan tidak mereka merasa khuatir ketika orang lain merasakan kekhuatiran”

(wallahu'alam..)

AYUH SAHABAT! AYUH KITA BINA UKHUWAH KERANA ALLAH! SAYANGI SAUDARA SEAKIDAH KITA!


Friday, March 11, 2011

.: Tudung :.

Assalamu'alaikum..

wahai Muslimahku, apa jadi dengan tudung kita sekarang ya? fikir2kan lah..
lihatlah tudung bagaimana yang kita pakai sekarang... macam ni kah??


(sila 'right click' dan tekan 'view' untuk lebih jelas)

atau indah begini?



Muslimahku,apa yang ana tengok kini ramai yang memakai tudung..alhamdulillah bagus la... TAPI masalahnya ramai yang pakai tudung tapi tidak menepati syarak.. selendang2 itu apa? ana nak tanya, kalian pakai selendang2 tu rasanya dah tutup aurat menurut islam ke? apa yang ana tengok selendang2 KINI banyak yang pendek. senang nak jumpa terutama kat KL ni.. macam mana tah nak pakai ana pun tak tahu la..huhu... ana tidak menunding jari pada sesiapa,cuma perhatikan lah adakah betul kita pakai?

ana bukanlah orang yang berhak menyoal perkara ni,tapi kerana terlalu menyayangi kalian,ana x mampu tengok dan berdiam diri.. selendang2 ni ada juga orang2 yang rapat dengan ana pakai,ada yang dah kena tegur namun macam 'angin lalu' je...Allah... dakwah tak semudah di jangka kan.. :)

ok..cuba perhatikan selendang yang patung ni pakai



agak2 kalau kita pakai macam gambar tu, ia menepati ayat Al-Quran ni x?

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir(muka dan tapak tangan) daripadanya dan hendaklah mereka MENUTUP belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka......" [surah an-Nur ayat 31]

juga ayat ini

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. ( surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Renungkan lah.. ana tahu ada tudung seperti selendang tu yang tebal menutup aurah..tapi perhatikan lah dahulu sebelum membeli..
anda BERHAK mengubahnya.. mengubah kepada tudung yang tidak menepati syarak kepada tudung yang menepati syarak..

Dan tidak ketinggalan mengenai STOKIN..Muslimahku, cuba kita perhati balik surah an-nur tadi... ".......
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir(muka dan tapak tangan)....." Jadi kaki kita adalah AURAT! tutup la ia.... juga ana amat-amat sarankan pakailah sarung lengan.

tak susah kan?? ISLAM amat menjaga muslimah2nya... :)

antunna takut pakai tudung labuh sebab nanti nampak gemuk?? KETAHUILAH lelaki yang beriman tidak pandang semua tu. wallahu'alam..

BEKERJA UNTUK ISLAM BUKAN SATU PILIHAN!

wallahu'alam..
  • Mencari Redhatullah

Monday, March 7, 2011

Pengalamanku ~ :)

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah lama dah tak tulis blog..rindu berblog..hehe..
nak kata busy tak juga..cuma tak tahu nak tulis apa... :)

Alhamdulillah hari jumaat-sabtu hari tu ana ikut kak long ana jadi fasi untuk adik2 sekolah kebangsaan convent yang di buat di UKM. adik2 tu darjah 4,5 dan 6..tercabar juga dengan mereka ni..hehe..tapi alhamdulillah gembira sungguh! first time ni.. hehe.. macam-macam kerenahnya.. cuma mereka agak tak biasa dengan kem2 sebegini..ada la yang sakit perut la..sakit kaki dan macam2 lah..huhu... jadi itulah pengalaman pertama bagi mereka dan ana..hehe... :D

seperti family ana,mereka juga memanggil ana kakcik..huhu..rasa lebih rapat dengan mereka..
alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..melihat mereka,terasa betapa bertuahnya mereka kerana tiada dosa yang di tanggung.jika di bandingkan dengan ana?... Allah...jauh bezanya..

di UKM ketika tu ada Karnival Premier Za'aba, Kolej Pendeta Za'aba.. macam2 jualan ada..huhu... tapi kami hanya melawat sekejap je sebab dah tengah malam time tu..

apa2 pun first time jadi fasi ni best! TAPI penat asyik berdiri je..perempuan tak elok berdiri terlalu lama..huhu...betul kan? jadi ana sekejap2 duduk beberapa minit..

huhu..teringat pula masa mula2 kena bersua muka dengan fasi lelaki dengan kak long ana sementara tunggu adik2 tu datang.. bila diorang tahu ana sekolah biasa diorang dah buat muka terkejut..Allah... huhu..pelik ke orang bukan sekolah agama pakai tudung labuh?? huhu..sobar jela.. sampai ada ustaz tu tanya kat ana "betul ke bukan sekolah agama? ambil apa kat sekolah? ambil stam ke?" Allah..huhu...aish...segan betul.. =.=' tapi kena la jawab...

pengalaman pengalaman :)

apa2 pun Alhamdulillah di beri peluang jadi fasi...walaupun baru first time.. :)
sekian saja... RINDU ADIK2 KAKCIK! :D
belajar elok2 ye..mudah2an kita jumpa lagi..insyaAllah...

wassalam (^_^)


Wednesday, February 16, 2011

As-Syahid ‘Izzuddin Khalil.

kisah hidup dan kematian seorang syahid selalu ajaib. Mungkin kerana orang-orang yang merindukan mati syahid selalu hidup dengan cara yang sangat berbeza dengan orang lain.

Bahkan, cara Allah memperlakukan musuh-musuhnya pun sangat ajaib. Pada suatu masa, ketika Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, mengumumkan kepada dunia nama-nama pemimpin Hamas, termasuk nama ‘Izzuddin Khalil (yang disebutnya sebagai “kepala ular”), sebagai orang-orang yang paling dicari oleh Israel. Namun, Allah mentakdirkan Rabin yang mengumumkan hukuman mati bagi ‘Izzuddin lebih dulu dicabut nyawanya oleh Allah di tangan rakyatnya sendiri. Rabin mati 4 November 1995, ditembak oleh Yigal Amir dengan senapan mesin, seorang pemuda Yahudi radikal, yang marah karena Rabin “berdamai” dengan Yaser Arafat.

Asy-Syahid ‘Izzuddin Khalil adalah salah satu komandan Brigade Al-Qassam, sayap tentera Hamas (Harakah Muqawwamah Al-Islamiyah) yang bermukim di Damascus, ibukota Republik Arab Suriah. Hamas merupakan organisasi terbesar yang menghimpun berbagai-bagai kekuatan rakyat Palestin yang berjuang demi kemerdekaan tanah waqaf milik umat Islam sedunia, serta pembebasan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan terminal Rasulullah SAW ketika melakukan isra’ dan mi’raj.


Kisah ini merupakan hasil wawancara dengan Feryal Ahmed Nemr Zienou, 35 tahun, isteri Asy-Syahid ‘Izzuddin Khalil yang ditemui Hidayatullah.com di Damascus.

‘Izzuddin merupakan salah satu pengawal pertama Syeikh Ahmad Yasin dan ikut serta dalam pembangunan asas Hamas pada tahun 1986-87. Pemuda ini lahir dan membesar dalam pangkuan gerakan da’wah di kawasan Syija’iyyah, di sebelah timur kota Gaza.

Rahsia penglibatannya dengan Hamas dan juga sebagai sayap tentera Al-Qassam sangatlah dijaga rapi, sehingga selepas seminggu mereka berkahwin, barulah Feryal mengetahui bahawa suaminya adalah seorang komandan Al-Qassam.

Nama lengkapnya ‘Izzuddin Syubhi Al-Syeikh Khalil, lahir di Gaza, 23 Ogos 1962, menyambung pelajaran sehingga mendapat master di dalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Gaza. Pekerjaannya semasa berkahwin dengan Feryal adalah menjual buku. Menurut Feryal, dia sama sekali tidak melihat penampilan suaminya sebagai seorang tentera.

Mungkin kerana pengalamannya semasa muda pernah berjihad di Afghanistan, ‘Izzuddin ditugaskan oleh para pemimpin Hamas untuk mengumpul, membina dan melatih para pemuda Muslim di seluruh Palestin, baik di Gaza, Tepi Barat, dan juga seluruh kawasan Palestin yang sepenuhnya dijajah oleh Israel. Tujuannya adalah untuk melatih para pemuda menjadi Mujahidin, pembela tanah suci para Nabi dan Masjidil Aqsa.


Rahsia Pengantin

Feryal sendiri pada waktu itu seorang gadis yang lahir dari sebuah keluarga yang taat agama. Salah satu hasrat hatinya adalah untuk menjadi pendamping seorang mujahid fii Sabilillah.

Namun ketika menerima lamaran ‘Izzuddin, Feryal mengaku sama sekali tidak tahu kehidupan jihad lelaki yang melamarnya itu.Malah dia juga tidak mengetahui mengapa dia menerima lamaran ‘Izzuddin padahal pada waktu itu, belum jelas adakah ‘Izzuddin seorang mujahid. Perempuan yang murah senyum itu menjawab, di Gaza, pada waktu itu, kalau ada lelaki yang rajin ke masjid, berakhlak baik, berilmu agama mendalam, berpenampilan rapi dan menjaga pergaulannya mengikut syariat Islam, biasanya dia adalah seorang mujahid.

“Tapi saya sama sekali tidak mengetahui bahawa dia seorang komandan dan sangat dekat dengan Panglima Para Mujahidin Palestin, Syeikh Ahmad Yasin,” tukasnya sambil tersenyum lebar.

Feryal mulai mencium sesuatu yang menghairankan sejak hari pertama pernikahan. Setiap kali pergi solat subuh berjamaah di masjid, ‘Izzuddin selalu pulang lambat, iaitu sekitar waktu dhuha. Feryal lalu bertanya. Maka pada waktu itulah ‘Izzuddin menjelaskan bahawa selepas shalat subuh ia bertugas keliling membina para pemuda di berbagai tempat, baik pembinaan ruhiyyah, ilmu, dan juga ketenteraan.


Betapa gembiranya Feryal mendengar penjelasan itu. Pengantin baru yang usianya lebih muda 13 tahun dari suaminya itu merasa Allah mengabulkan doanya selama ini, agar dinikahkan dengan seorang mujahid. Namun rahsia itu tetap terjaga rapi di antara mereka berdua. Selepas setahun kemudian, barulah keluarga Feryal mengetahui bahawa ‘Izzuddin seorang mujahid yang memegang amanah penting.


Terbukanya rahsia itu adalah ketika pada tahun 1992, ‘Izzuddin ikut ditangkap dan dibuang selama setahun oleh Zionis Israel ke Marj Az-Zuhur, sebuah bukit yang tidak diduduki oleh sesiapa yang berdekatan dengan sempadan Lebanon dan Palestin, bersama 413 orang pemimpin jihad lainnya seperti Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi. Selama setahun mereka tinggal di lereng-lereng bukit. Musim dingin berselimutkan salju dengan suhu di bawah kosong darjah celcius, dan menerima panasnya dipanggang matahari pada musim panas.

Sejak Feryal mengetahui kedudukan suaminya sebagai komandan jihad, setiap hari,selepas selesai solat fardhu sehingga syahidnya ‘Izzuddin 13 tahun kemudian Feryal akan sentiasa mendoakan suaminya agar dianugerahi Allah mati syahid di jalanNya, sempena permintaan suaminya itu.

Bagi Feryal, ‘Izzuddin adalah seorang suami, sahabat, sekaligus ayah bagi anak-anaknya yang selalu jujur dan ikhlas. “Berat,” demikian kata Feryal, ketika ditanya bagaimana perasaannya setiap kali berdoa agar suaminya mati syahid, “tapi di saat yang sama saya yakin Allah akan mengganti cinta yang saya persembahkan kepada-Nya ini dengan sesuatu yang lebih hebat.” Janji-janji Allah tentang kemuliaan syahid seakan-akan nampak nyata di depan matanya sewaktu berdoa.

Tentu ada yang bertanya, kenapa tidak berdoa agar dimatikan syahid bersama-sama? Jawapan Feryal jelas dan mantap, “Kerana, jika suami saya syahid, saya yang akan tetap istiqamah menjalankan amanah-amanah yang tertinggal, termasuk membesarkan anak-anak, maka Allah menjanjikan kemuliaan yang lebih besar lagi bagi kami sekeluarga.”

Dua Isyarat

Sesudah ‘Izzuddin syahid, hidup terasa lebih berat bagi Feryal kerana seluruh keluarga dari pihaknya dan pihak suaminya ada di Gaza, sedangkan dirinya berada di Damascus yang terpisah oleh jarak ratusan kilometer dan sekatan tentera.


Namun ada dua kenangan manis sebelum ‘Izzuddin mati syahid, yang sentiasa menaikkan lagi semangatnya.

Yang pertama, kira-kira sebulan sebelum syahidnya ‘Izzuddin, mereka bekunjung ke rumah seorang sahabat dalam rangka mengeratkan silaturrahim. Sebagaimana biasa, Feryal berbual-bual dengan teman-temannya sesama Muslimah di sebuah ruangan, dan ‘Izzuddin dengan teman-teman Muslimnya di ruangan lain.


Dalam suatu kesempatan, Feryal berjalan melewati pintu ruangan lelaki dan terpandang sesuatu yang tak akan dilupakannya seumur hidup. Dia melihat di kening suaminya tertulis kata-kata dalam khat Arab, “Asy-Syahid” (Sang Syahid).

Apabila Feryal menceritakan hal tersebut kepada ‘Izzuddin dalam perjalanan pulang, serta-merta suaminya menghentikan kereta, lalu turun dan berdiri di samping keretanya, menadahkan tangannya seraya berdoa, “Ya Allah, takdirkanlah penglihatan isteriku itu ke atas diriku.”

Sudah sewajarnya, Feryal bertanya kepada ‘Izzuddin, “Kalau kamu syahid, bagaimana dengan kami?” ‘Izzuddin pun lalu menjawab, “Allahkan ada..Dan Allah lebih baik daripada saya.”


Peristiwa kedua yang tak akan pernah dilupakannya terjadi hanya beberapa minit sebelum kekasihnya syahid. Hari itu Ahad, 26 September 2004. Jarum jam menunjukkan angka sebelas dan matahari di penghujung musim panas masih menyiram hangat kawasan Mydan di jantung kota Damascus.

Feryal tengah sibuk menyiapkan sarapan bagi suaminya yang akan berangkat kerja. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Seorang perempuan, tetangga, datang membicarakan hal-hal remeh, tapi di hujung bicaranya yang hanya sebentar itu, si tetangga bertanya, “Saudariku, kamu pasang pewangi apa ya? Dari tadi kami mencium baunya wangi sekali, tercium sampai ke rumah kami…”


Feryal memang selalu memakai wangian sebelum suaminya berangkat dari rumah, tetapi pagi itu dia ingat dengan jelas yang dia belum memakainya. Dia sama sekali tidak terfikir bahawa wangian itu adalah sambutan bagi syahidnya sang suami beberapa minit kemudian.

Sesudah tetangga itu berlalu, Feryal kembali menyiapkan meja makan. Sarapan khas negeri Syam, khubz (roti lebar), minyak zaitun, za’thar (serbuk rempah-rempah dan biji wijen), humus (selai kacang berbumbu), keju dan secangkir teh kental manis. Suaminya hampir tidak menyentuh makanan, lalu berkata bahawa dia sedang terburu-buru sambil minta tolong diambilkan pasport, untuk mengurus perjalanan umrahnya.

Suaminya pergi. Pintu rumah ditutup. Lebih kurang dua minit berlalu, tiba-tiba Feryal mendengar bunyi ledakan yang sangat kuat. Dinding apartmennya bergegar. Dinding kelas sekolah anaknya yang berjarak sekitar 200 meter dari rumahnya juga bergegar. Anak-anak mereka, Hiba 10 tahun, dan Muhammad 7 tahun, mengaku mendengar ledakan itu dari sekolahnya. Hadil baru berusia 2 tahun bersama ibunya di rumah.

Di dada Feryal langsung berdesir, “Pasti itu ‘Izzuddin…” Dia berlari ke jendela apartmen yang terletak di tingkat empat, sejurus disingkapnya tirai, dia melihat jip Pajero berwarna silver tahun 1995 milik suaminya sudah hancur dan masih dibakar api.


Tidak Menangis

Ibu tiga anak berusia 29 tahun itu tidak menangis. Ia segera mengenakan hijabnya dan berpakaian serapi mungkin menutup aurat, sebelum kemudian meluncur turun ke tempat kejadian. Setelah memastikan bahwa suaminya telah syahid, Feryal naik ke atas semula, menelefon isteri seorang pemimpin Hamas, Dr Musa Abu Marzuq, Wakil Biro Politik. Setelah memberi khabar tentang apa yang terjadi ke atas suaminya dan menjelaskan lokasi rumah mereka, Feryal mematikan telefon.

Kemudian dia berwudhu’ dan melaksanakan solat dua raka’at. Dia memanjatkan doa agar syahid suaminya diterima oleh Allah dan bersyukur Allah telah memilih suaminya sebagai salah satu lelaki terbaik.


Ketika ditanya, apa yang dirasakannya saat itu, Feryal menjawab dengan tersenyum, “Hati saya seperti dihiris-hiris, sakit, tetapi pada saat yang sama saya merasa sangat bahagia kerana doa saya setiap hari dikabulkan oleh Allah.”

Seorang saksi kejadian menyatakan, ‘Izzuddin sempat mengundurkan kereta itu sebelum ia meletup. Para penyelidik Hamas mengatakan, kemungkinan besar kereta itu diletupkan dengan bom yang menggunakan remote control.

Selesainya dari solat, Feryal menyiapkan diri dan rumahnya untuk kedatangan para tamu yang sebentar lagi pasti akan ramai. Banyak di antara yang kemudian datang menangis. Bahkan salah seorang teman perempuannya menangis sampai jatuh-jatuh. “Saya katakan kepada mereka, jangan menangis, saya tidak menangis kerana ini hadiah kepada saya dan keluarga,” katanya.

Ketika menerima salam dari ratusan tamu itu, Feryal membayangkan malam-malam yang selalu dilewatinya bersama ‘Izzuddin, sepanjang 13 tahun pernikahannya. Sebelum tidur, keduanya selalu saling memandang dan saling bertanya, “Apakah kamu redha kepada saya?” Keduanya akan sama-sama saling mengiyakan.

Keredhaan itu kini terbias pada ketiga tiga anaknya. Hidayatullah.com menemui keluarga ini di rumah mereka dan meminta mereka bercerita satu per satu tentang kenangan mereka akan ayahnya. Tidak ada air mata. Tidak ada senggukan. Tidak ada wajah muram. Yang ada hanyala senyum bangga dan wajah yang bersinar penuh keberanian.


“Terkadang,” kata Feryal, “anak-anaknya mengatakan, ‘seandainya ayah bersama kita…’ terutama saat berbuka puasa Ramadhan… Tapi saya sentiasa memberitahu mereka bahawa ayah selalu bersama kita, bahkan syahidnya ayah memastikan kita akan selalu bersama ayah dalam keadaan yang lebih baik dari keadaan kita saat ini…” Anak-anak itu tersenyum mendengar kata-kata ibunya.

Bahkan sepanjang pertemuan dan wawancara dengan kami, anak-anak itu selalu tersenyum, seperti anak-anak yang menerima hadiah sangat istimewa yang tiada habis-habisnya.***

wallahu'alam..