dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, February 15, 2010

Rahsia Sujud.

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah
klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah
hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan
sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya.


Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya:
Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu,marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.
Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.


Antara lain kelebihan sujud:-

-Membetulkan kedudukan buah pinggang yg terkeluar sedikit drpd tmpt asalnya.
-Membetulkan pundi peranakan yg jatuh.
-Melegakan sakit hernia.
-Mengurangkan sakit senggugut ktk haid.
-Melegakan paru-paru drpd ketegangan.
-Mengurangkan kesakitan bg pesakit apendiks atau limpa.
-Memberi dorongan supaya mudah tidur.
-Meringankan bhg pelvis.
-Mengggerakkan bahu, dada, leher, perut serta punggung ktk akan sujud dan bangun drpd sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semulajadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

-Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Kedudukan sujud adalah paling baik utk berehat dan mengimbangkan lingkungan bhg belakang pelvis.
Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi utk menyusukan bayi dan terhindar drpd sakit buah dada.

Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
Pergerakan bhg otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tmpt asal serta terhindar drpd sakit gelombang perut (convulsions).

Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima bnyk bekalan darah dan oksigen.

PETUA KHUSYUK DLM SOLAT .


1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.

5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

14. Memahami makna bacaan dalam solat.


sumber:Halaqah.net

Raya ke-4.. (2009)

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulilah dah raya ke-4 hari ni...mudah-mudahan kita tak lupa beribadah kepadaNya seperti bulan Ramadan...

hari ni ana pergi ke rumah kawan kakak ana je.tak tahu nak pi mana lagi. :)
sebenarnya happy sangat-sangat ikut kakak ana..mula2 memang tak nak ikot..
tapi ikot juga...rupanya ada hikmah...alhamdulilah ana di temukan dengan seorang kakak yang belajar dekat mesir..subhanallah..tempat yang ana idamkan untuk sambung belajar walaupun ana bukan sekolah agama..insyaALLAH..
mula-mula tak tahu menahu pun..lepas tu kakak ana cerita.. rasa macam segalanya di atur....subhanallah2...

pastu kat uma kwn kakak ana tu..kakak ana pergi cerita pulak dekat kakak tu..nama kakak tu Athirah..kakak ana cerita yang ana nak sangat pergi tanah arab tu sampai nak belaja bahasa arab awal2 kat sini....ya ALLAH malunya ana..rasa kerdil betul diri..dah la makcik tu pun dengar...bertambah2 rasa segan..adoi2..

dua2 senyum je..makcik tu kata 'bagus la ada semangat & niat'
kakak tu pulak kata 'takpe nanti lepas SPM amik la .....' ape tah dye ckp..ana xdengar sgt.
tapi dye ada kata nanti kat sana amik medical...Ya ALLAH...rasanya ilmu ana tak setinggi tu...

bila nak balik dah ana & kakak ana di bekalkan dengan makanan2 yang di hidang..semua pulak tu..ya ALLAH..makcik tu kata 'rezeki'..sebab kami datang lewat sikit & akhir sekali..huhu...

ana rasa sejak ramadan hari tu ana sentiasa dipertemukan dengan orang2 dari sekolah agama..alhamdulilah..mudah-mudahan di permudahkan urusan ana..INSYA-ALLAH..amin.. :)

Hanya Ingin Mengingatkan KPD antum & ana sndiri :)

Assalamualaikum ....
Hanya Ingin Mengingatkan.....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1.Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2.Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3.Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu:

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan:

1) Biarkan e-mel ini dalam mailbox anda.

ATAU ...

2) Forward e-mel ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya-Allah, redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim

12 Barisan di Akhirat.

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.