dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Wednesday, September 26, 2012

Update:Islamic Quotes ;)

Assalamu'alaikum... salam perjuangan salam ukhuwah wahai sahabat..moga kita semua dalam kasih sayangNYA..insyaAllah... first of all,syukur pada ALLAH atas segala yang kita ada hari ini..
lets selawat first.... :)


Dah lama rasanya tak update..huhu.. itulah tugas sebagai pelajar dalam masa yang sama tak ada broadband nak update sentiasa... moga kita dalam kasihNYA :)

InsyaAllah entri kali ini ana hanya nak kongsi Islamic Quotes dengan sahabat2 sekali... moga kita muhasabah...muhasabah apa yang kita dah lakukan selama hidup ini.. :')

"And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided."

Wahai sahabat.....berpegang teguhlah kita dengan tali Allah...jangan sesekali kita lepaskan..moga Allah sentiasa bersama kita dalam setiap perjalanan kehidupan ini :)



Wahai sahabat... bertaubatlah..bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat...taubatlah sebelum pintu taubat tertutup..moga Allah mengampunkan kita semua :')

Friday, May 11, 2012

Wahai Muslimah, Rasulullah SAW pernah menangis kerana kita (T_T)

Assalamu'alaikum warahmatullah hi wa barakaatuh

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.





Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. 

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya,OTAKNYA MENDIDIH .

Aku lihat perempuan DIGANTUNG LIDAHNYA, tangannya diikat ke belakang dan TIMAH CAIR DI TUANGKAN ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan TERGANTUNG KEDUA KAKINYA dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang MEMAKAN BADANNYA SENDIRI , di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang TELINGANYA PEKAK DAN MATANYA BUTA, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang BADANNYA SEPERTI KHIMAR,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.

Aku lihat perempuan yang RUPANYA SEPERTI ANJING, sedangkan API MASUK melalui MULUT dan KELUAR DARI DUBURNYA sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

Wednesday, April 11, 2012

Itu Satu Ujian~

Assalamu'alaikum~

Takziah buat saudara2 di sekitar acheh yang di landa gempa bumi..termasuk malaysia yang merasainya..
ingatlah bahawa semua itu satu ujian.
  • Ujian itu sebagai tanda untuk mengingatkan diri kita pada NYA.
  • Ujian itu sebagai amaran buat mereka-MEREKA yang sudah lama lama dan LAMA tidak mencecahkan 7 anggota sujudnya ke bumi.
  • Ujian itu sebagai tanda ingatan kepada kita yang KURANG dan yang TAK bersyukur
  • Ujian itu sebagai tanda ingatan kepada mereka(dan kita) yang mengakibatkan kemurkaanNYA
  • Ujian itu sebagai tanda untuk orang-orang yang suka memecah belahkan ummat.

TERLALU banyak sebab-sebab sesuatu kejadian itu berlaku. MAKA ambil ikhtibar bukan hanya mengeluh dan berserah tanpa buat apa-apa.. buatlah sesuatu sebelum terlambat..

** Jangan Sesekali Takut Pada Tsunami TETAPI Takutlah Sebenar-benar TAKUT pada ALLAH !

mungkin kita boleh ambil ayat tsunami itu sebagai :

(T)uhan
(S)entiasa
(U)ji
(N)amun
(A)da
(M)anusia
(I)ngkar

Tuhan(yakni ALLAH) sentiasa uji, NAMUN ada Manusia yang INGKAR

**pesanan buat diriku dan dirimu~ wallahu'alam**

KEMPEN ! jom 'couple' :)

jom kite kempen pada sahabat2 :')

**Kalau tak nampak boleh click gambar ye.


wallahu'alam~

Monday, April 9, 2012

Khas buatmu Sahabat seperjuangku serta kenalanku :)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wa barakatuh...
Alhamdulillah wa syukur lillah kerana dapat kita diberi peluang untuk bernafas di dunia ini.. dan syukur kerana ana dapat sekali lagi tulis entri kali ini :)

salam ukhuwah salam perjuangan buat sahabat2 ku :)




entri kali ni khas untuk sahabat2 ana sekalian~

just nak cakap.........SAYA RINDU KAMUUUU SEMUUUAAAAA~~~~
rindu rindu rindu kerana ALLAH~
rindu xtahu nk cakap apeee~ saya rindu kamu semua wahai sahabat2ku..

buat kawan2 ku dari SK Taman Kosas / SRA(A) Kampung Melayu Ampang & SMK Taman Kosas serta semua kenalan2 ku.. ingatlah, walau dimana korang berada:

  • Jangan lupa solat ye :')
  • Tutup aurat dengan SEMPURNA. ana sayang kalian
  • Jangan lupa doakan ibubapa serta sahabat2 kita yang lain :')
  • Jangan lupa doa saudara2 kita di luar sana yang berjuang untuk ISLAM :')
  • Jaga nama baik ISLAM :)
  • Jangan lupa saya di sini...SANGAT2 RINDU korang~ :')
  • Buat sesuatu itu biarlah KERANA ALLAH :)
  • Dan......... Jangan tinggalkan saya seandainya kalian ke syurga nanti.. :')

teringat dulu masa kat sekolah kita main baling2 selipar, main kejar2, panjat2 kat taman tu, panjat pokok kat rumah tuu..hehe..  nangis2 sebab terasa dengan kawan, suka kecoh2 bila cikgu datang..cikgu datang je lari masuk kelas. kih3 :P (sangat comel ok~ :P)