dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, January 31, 2011

Akal Dan Hati.



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam,..
Akal cuba bertanya sekali lagi...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. DIA yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mula menangis...Sepi..Kesal...

Saturday, January 29, 2011

IKHTILAT?

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah. dapat lagi ana tulis beberapa perkara di blog yang tidak la seberapa ni.

Sebenarnya ana tidak tahu mahu tulis apa di dalam blog,Alhamdulillah kak Nurul memberi idea untuk bertulis tentang ikhtilat. ikhtilat inilah yan
g banyak berlaku sekaarang (T_T)

Apa itu ikhtilat?
-
Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Pergaulan bebas yang tidak di kawal akan membuka pintu maksiat kepada sesiapa sahaja tanpa kita sedari.

Allah....begitu sekali kan?
bahkan kadang-kadang ana bertanya juga pada diri ana "adakah enti menjaga batasan aurah mu wahai syahirah?" "adakah enti cukup menjaga pergaulan mu dengan ajnabi?"

kadang-kadang soalan itu bermain-main di fikiran.
ini juga pesanan buat diriku yang jahil serta dirimu
wahai sahabatku sekalian.

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Tapi kini? Allah....
ana bersekolah di sekolah harian dari darjah 1 hingga tingkatan 5. Jadi ikhtilat ini memang sangat-sangat nampak di depan mata. sedih+kecewa+terseksa mata= Tegur+DOA

tak salah kan berkawan lelaki perempuan?
Pendapat ana, tidak salah andai kita mampu menjaga diri kita dari perkara yang tidak elok dan perlulah di 'pagarkan' (jaga)
agar tidak berlebihan.

Bagaimana?
-jagalah suara kita ketika bercakap dengan ajnabi tidak kiralah anda rijal atau nisa'.
-jagalah aurat kita ketika dengan mereka.
-tutuplah aurah mu seperti yang di gariskan dalam AL-QURAN terutama nisa'. NAMUN tidak terkecuali rijal.
-jagalah pergaulan dengan ajnabi.jangan bergelak berlebih-lebihan dengan mereka. batasinya dengan malu mu. "malu itu perisai orang beriman"
-
Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka.
-
Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.
-tundukkan pandangan mu
.Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Lain lah jika kaum sejenis,itu amat di galakkan untuk bina ukhuwah.


mudah kan? namun perkara yang mudah la sangat susah untuk di buat.
diriku tidak terkecuali.. astaghfirullah (T_T)

ada yang ana nampak siap "pukul-pukul mesra" lagi. Allahu rabbi.

kalau nak tahu,ikhtilat ini lah antara pemulaan berlakunya kes "COUPLE" yang berleluasa. dalam English couple ni berpasangan(betul ke?) . Namun masyarakat melihat couple ini adalah pasangan yang "berkasih" dengan cara tidak halal.senang cerita bercinta la.

khas untuk muslimahku:
wahai muslimahku, kita adalah fitnah terbesar di akhir zaman ini. maka berhati-hati la.
kita antara yang meramaikan Neraka di akhirah kelak (wa iyya dzubillah) maka beringat-ingatlah. kita adalah perhiasan yang indah yang di cipta KHAS oleh Allah S.W.T. maka pelihara lah ia sebaik-baiknya. :)
Tangan yang lembut menghayun buaian boleh MENGEGARKAN DUNIA!

ana tertarik dengan kata-kata Sayyidina Umar Al-Khattab r.a
"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya"


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karana kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."
Wahai jiwa...
Kembalilah kepada asalmu..
Kembalilah kepada fitrah kejadianmu..
Tanyalah pada diri ke mana akan dibawa masa depanmu..
Andai pernah terjatuh dan tersungkur.bangunlah..
Belajar agar tidak tersungkur lagi..


wallahu'alam..
sebarang teguran dan pandangan amat di galakkan.syukran jiddan!

*ada beberapa pandangan ana ambil dari iluvislam.com

Wednesday, January 26, 2011

Ukhuwah Fillah :)

Assalamualaikum...
Alhamdulillah...Allah masih memberi peluang pada diri ana untuk bernafas di bumiNya ini dan memperbaiki diri..

beberapa minggu lps ana berkenalan dengan seorang kakak..dari blog juga..
Allahuakbar...Alhamdulillah.. indahnya ukhuwah kerana Allah..

baru beberapa minggu dah macam bertahun-tahun kenal..huhu..
kami berkongsi cerita suka duka..indahnya.. syukran ya Allah kerana menemukan ana dengan seroang hambaMu yang bagi ana istimmewa sangat-sangat. seorang yang memahami adik dia ni..hehe :D

dialah empunya blog (here) iaitu kak Nurul.
dia duduk jauh dari ana namun dia VVIP dalam hati ana. hihi.. (*_^)
dia juga antara penyokong blog tak seberapa ni. tak tahu la apa yang best dalam blog ni. huhu
namun kadang-kadang ujian sakit itu datang mengujinya. risau juga di buatnya.
tak apa, kakak ana tabah! :)


kakak ku,
Engkau adalah permata yang berharga,
di tutup kemas dalam bekas yang bercahaya,
jagalah aurat dan tingkah laku mu,
moga kerjayaan dunia dan akhirah milik mu.

kakak ku,
Ukhuwah ini di jalin kerana Allah,
diriku hanya insan yang lemah,
Yang banyak silap dan salah,
bimbing lah adik agar tidak jatuh.



Ya Allah,
Kawan ana, sahabat ana,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,
Sahabat ana, buah hati ana,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.






.:ADIKMU:.
-Mencari Redhatullah-

Sunday, January 16, 2011

Kata Hikmah :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum :)
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas di Bumi Allah ini..bersyukurlah..

ana nak kongsi sedikit kata dari seorang ustaz yang bagi ana sangat kena dengan umat sekarang ni.

katanya " Bagimana Allah nak ikut apa yang kamu minta
(doa dan lain2) andai kamu sendiri tidak mengikut apa yang Allah minta??"

muhasabahlah wahai diri dan sahabat sekalian.
kita minta macam-macam dengan Allah, bila Allah tidak perkenankan permintaan kita,kita marah Allah pula?? Allah.... apa tidak malukah kita? kita tidak mahu mendengar perintah Allah tapi nak Allah dengar permintaan kita?! malulah wahai diri!




Thursday, January 13, 2011

Wahai Umat Manusia.!

Khalil Ismail Al Haya, Ketua Whip HAMAS

Beliau berkata:

"ALLAH telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad

  • Kami telah dipilih oleh ALLAH untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh ALLAH dan mempertahankan Masjid al-Aqsa.
  • Kami juga telah dipilih untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka.
  • Kami juga telah dipilih oleh ALLAH untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kami berbanding kehidupan dunia.
  • Selama lebih 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu juga, kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.
  • Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan lailahaillallah, dan kerana kami mempertahankan bumi seta masjid kami.
  • Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid.
  • Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang.
  • Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.
  • Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan shaja, nantikan hari pembalasan.
  • Kami akan tuntut dari ALLAH atas kealpaan anda semua.
  • Kami tidak akan reda terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua."