dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Monday, December 27, 2010

...

SALAM PERJUANAGAN!

Alhamdulillah...syukur kepada Allah..mudah-mudahan berita tu benar :)

kenapa la diorang hebat sangat..menakutkan...huhu..tapi Alhamdulillah... Allah menganugerahkan pada mereka sesuatu yang tidak ada pada orang lain...Allahuakbar...

----------------

esk ana akan menghadapi ujian berkomputer untuk lesen memandu..
doakan ana ye! mudah-mudahan ana lulus cemerlang..amin...

------------------------

kepada muslimahku,
jangan lupa sentiasa tutup aurat dengan SEMPURNA,
jaga pergaulan,
jaga hati,
jaga solat.

Sesungguhnya amatlah rugi orang2 yang membelakangi segala hukum/peraturan2 Allah s.w.t.

kata sahabat ana: "jadikan diri kita soleh wal musleh andai kita nak pasangan kita begitu" ^_^




Sunday, December 26, 2010

jumpa sahabat :)

Assalamualaikum... ^^

Alhamdulillah hari ni ana dapat jumpa sahabat ana Hidayah & Hafizah..hee... rindu mereka la! :)
kami jumpa sebab ada wedding akhi kepada hafizah..huhu.. jadi ana nak ucapkan Mabruk pada kedua2 pasangan...! ^_^

yang bestnya ana dah dapat balik Novel ana..Umar Al-Khattab..yey! hehe...ana suruh hafizah simpankan sebab masa tu nak spm..hehe..baik batul... ^^
tapi ana lupa nk bawa buku hafizah,Palestin Tak Pernah Gentar..maaf3 ! (T_T) hehe.. nanti akak bagi ye hafizah.. ;p

ana nak tunjuk pada antum Novel Umar Al-Khattab
tadaaa! hehe :D



inilah Novelnya.. yang sebelah kiri ana punya.. sebelah kanan hafizah punya.. ana pinjam :)
syukran ya sahabiahku

to : sahabiahku,

syok jumpa antunna! nanti kita jumpa lagi..dating sama2..

hafizah..dapat gaji belanja akk ye!
don't buat2 forget...hehe :D

hidayah.. nanti kita dating ramai2 ajak geng yang lain :)


Saturday, December 25, 2010

9 Siti Yang Perlu Di Contohi

Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

Siti Fatimah

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.

Siti A’ishah

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

Siti Hajar

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

Siti Mariam

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

Siti Asiah

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

Siti Muti’ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


* 9 Siti ini adalah petikan daripada kata-kata Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dalam rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘Siti Impian’.

Adakah kita tergolong antara mereka ini? Tepuk dada tanya iman. Sama-sama kita tingkatkan ilmu kita untuk menjadi insan yang lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.



Sumber: sahabat Facebook

wallahu'alam :)

Thursday, December 23, 2010

muhasabah diri (T_T)

Alhamdulillah.. semalam sebelum tidur ana muhasabah diri ini..
Subhanallah..alangkah indahnya apa yang telah di aturkan olehNya untukku..
Alhamdulillah....terasa diri ini penuh dengan dosa dan betapa hina nya diriku ini..astaghfirullah..

bila di muhasabah balik...Benar..ada hikmah kenapa ana tak dapat pergi kem2 semua serta jamuan yang berlaku serentak dengan hari keluarga di sebelah ummi ana.. beberapa hari sebelum balik kampung,ana di landa demam yang agak lama berserta batuk..ia berlarutan sehingga hari ini.. tapi alhamdulillah demam dah pun baik..tinggal batuk je.




jika katika itu ana jadi pergi ke kem apakah yang akan berlaku pada ana?? Allahu akbar...sungguh hebat aturanNya..itu satu tarbiah untuk diri ini (T_T) Benarlah,andai kita serahkan pada Allah pasti Allah tidak akan mengecewakan kita..Allahu Allah... malunya diriku pada Mu..

berapa banyak yang telah Engkau lakukan untuk hambaMu,namun tidak semua yang bersyukur..janganlah diriku masuk ke dalam hambaMu yang tidak bersyukur ya Allah..ampunkan dosa2ku (T_T)




la hawla wala quwwata illa billah.

Wednesday, December 15, 2010

Muhasabah diri yang Hina di sisiNya (T_T)



Alhamdulillah dengan keadaan yang tidak berapa sihat. ana ingin menulis sesuatu di sini sebagai tatapan diri sendiri khususnya...

Subhanallah Alhamdulillah..sudah lama tidak demam, sungguh ia amat menginsafkan diri ini yang hina di sisiNya.



ya Allah..andai sakit ini menghapuskan dosa-dosa hamba ya Allah,maka hamba redha.. Namun andai sakit ini meninggikan amalan dosa hamba,maka hamba amat-amat mengharapkan pengampunanMu..tiada daya upayaku selain pertolonganMu Ya Rahman Ya Rahim..

sungguh hamba terkenang kepanasan nerakaMu ya Allah..Ampunkan dosa-dosaku.. jauhkan lah nerekaMu dari hamba,keluarga hamba serta orang-orang yang mengenali mahupun tidak mengenaliku.. dekatkan lah kami dengan SyurgaMu.. Redhakan lah perjuanganku yang kecil ini sepanjang hamba bernafas di bumiMu..

(T_T)

Ingin ana pesan kepada sahabat-sahabat ana yang sakit bahawa ini adalah ujian dari Allah.. jangan lah mengeluh mahupun berkata perkataan yang bagai tidak suka dengan ujian dari Allah..
ayuh muhasabah diri kita yang sentiasa berdosa di sisiNya..




jaga solat,jaga aurat,jaga batasan pergaulan.
waallahu'alam..