dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum bernikah denganmu...
dia tidak MELIHAT AURATMU sebelum bernikah denganmu...
dia tidak akan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK.
wallahu'alam. :)

Tuesday, February 7, 2012

Part 1: KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW


Assalamu'alaikum....
Alhamdulillah...Segala Puji bagi Allah,Pemilik Alam ni.. tiada yang lebih Hebat berbanding DIA yang Maha Berkuasa.. :)

Lamanya tak update blog ni..sesawang abis dah ni..huhu... maaf teramat sangat kerana lama tak update blog.. sampaikan ada sahibah berkata "syahirah lama ye tak update blog" waaa...depan2 pula tu...
ya Allah..ada orang tengok rupanya... ^^

InsyaAllah, semperna MAULIDUR RASUL ingin ana mengingatkan diri sendiri dan sahabat tentang Khutbah Terakhir Rasul Allah, Muhammad SAW :)




Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.